Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe

Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja. 
Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭

Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew

Bahan-Bahan
Ketam saiz sederhana (5 ekor)
1 kotak santan (yang kecil tu je)
Bawang Merah dihiris
Bawang Putih dihiris
Halia dihiris
Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas)
Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit)
Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi)
Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅)
Tomato
Bendi
Garam dan Gula (secukup rasa)
Minyak untuk menumis

Cara Masak
First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang ketam ..  hahaha sadisnya. Sebab first time maka gigihlah cari cara siang ketam di Youtube 🤭.
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air dan juga masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak. Lepas tu masukkan ketam, pes asam jawa, sedikit air dan santan. Kacau sekejap, tutup dan tunggu sampai mendidih. Agak-agak ketam tu dah nak masak, masukkan tomato, bendi, garam dan gula. Kalau santan agak pekat korang tambah air ikut citarasa korang. Dan siap! Simple ja. 

Ni hidangan untuk 4 orang tau. Kalau ramai kira ko kena doublekanlah semua bahan-bahan tadi. Selamat mencuba!

7 comments

  1. Yummylicious ! kalau menu ni confirmlah habis 2 piring nasi hahaa

    ReplyDelete
  2. sedap nyer, mia :)
    aida x pernah masak ketam. tak pandai uruskan ketam tu :)
    makan pandai lah...

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa terliur tengok T^T btw saya singgah sambil follow #557

    ReplyDelete
  4. yeahhhh.. boleh try ni ^^

    Nurul follow sini ye https://www.nurulsyahirah.com/2019/08/company-trip-kota-kinabalu-dan-kundasang-sabah.html

    ReplyDelete
  5. Panduan cara mudah buat duit hanya baca dan kongsi artikel di media sosial, boleh dapat RM30-RM500 sehari. Silakan baca di Cara Buat Duit Dengan Cashzine 2019

    ReplyDelete
  6. sodap yakmat makan ketam tu, ema datang singgah dari blog baru ematunz.blogspot.com, jemput singgah ye

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!