Pallas | Jenama Pilihan Kasut Sekolah

Hi korang .. sedar tak sedar tinggal 3 minggu lagi anak-anak akan mula bersekolah. Persiapan untuk persekolahan untuk anak-anak korang dah sediakan ke? Haruslah kan, jika korang perasan sekarang pelbagai jenama kelengkapan sekolah ditawarkan .. daripada baju seragam sekolah, beg sekolah hinggalah ke kasut sekolah. Sebut tentang kasut sekolah, korang dah beli ke untuk anak-anak korang? Jika belum .. ni Kmia nak kenalkan korang dengan satu jenama yang rasanya tidak asing di kalangan ibu bapa. 

Kasut jenama Pallas | korang mesti kenalkan. Dah lama sebenarnya Jenama Pallas ni di pasaran. Kmia sendiri semasa zaman persekolahan dulu juga memilih Jenama Pallas untuk kasut sekolah Kmia. Sebab apa? Kmia suka dengan design nya juga sangat selesa. Dan sekarang anak-anak Kmia juga, Kmia belikan kasut jenama Pallas sebagai kasut sekolah mereka. 

Kenapa Kmia memilih kasut sekolah jenama Pallas? Poin penting kerana ianya sangat selesa. Kasut sekolah Pallas mempunyai getah di bahagian dalam yang meningkatkan daya lantunan semasa anak korang berjalan. Bahagian dalam sangat empuk yang membolehkan anak korang dapat berdiri lama dan selesa melakukan aktiviti mereka di sekolah. Selain itu kasut sekolah Pallas juga telah ditambahbaik dari segi reka bentuknya, bukan sahaja selesa malahan lebih menarik terutamanya kasut sekolah Pallas yang jenis bertali. Ruang dalam kasut jenis bertali ini lebih luas dan selesa. Pengudaraannya juga lebih baik dan dapat mengelakkan kaki anak-anak korang berpeluh.


Selain kasut jenis bertali terdapat juga kasut jenis berpelekat dan juga sarung menjadi pilihan terutama untuk anak-anak korang yang bersekolah rendah.




Kasut sekolah Pallas juga sengaja direka lebih ringan agar memudahkan anak-anak korang melangkah. Yalah, dah lah anak-anak terpaksa mengangkat buku-buku sekolah yang berat tu, tambah lagi memakai kasut sekolah yang berat .. tentu-tentulah tidak selesa kan. Sebab tu Kmia suka dengan kasut sekolah Pallas ni, ringan je terasa.



Macam mana? Korang berminat kan .. Kmia lagi berminat sebab sekarang kasut sekolah Pallas sedang mengadakan PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH. Dengan pembelian setiap pasang kasut putih sekolah, korang berpeluang untuk menang wang tunai! Wow bestnya.  Maklumat lanjut tentang promo ini, korang boleh je pergi ke laman web Pallas di https://www.pallas.com.my


Nak beli kasut ni? Korang pergi je ke pusat-pusat jualan terpilih seperti Aeon, Tesco dan Mydin. Macam Kmia ni .. berada di Kota Kinabalu, tak jadi masalah. Korang pergi sahaja ke Pasaraya Servay. Payah nak ke tempat ni .. tak jadi masalah. Korang juga boleh membuat pembelian secara online di laman web Pallas. 

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi Pallas di talian 1800-88-7328

6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Pallas ni jenama yg bagus. Tahan lama. Dari dulu waktu sekolah pun saya pakai brand ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tahan lama. Kasut sekolah untuk digunakan lama, kenalah pilih jenama yang tahan lama juga ;) Pallas memang disarankan!

      Delete
  2. Assalamualaikum mia...betul tu jenama pallas ni mmg terbaik dr dulu lg...

    P/s cucu mama pun guna jenama ni..
    https://maszull.blogspot.com/2018/11/darwisy-ke-sekolah-dengan-kasut-baru.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Pallas ni la kegemaran pip dulu ..

    ReplyDelete
  4. Pallas ni la kegemaran pip dulu ..

    ReplyDelete
  5. wahh wahh jangan lepaskan peluang ada promosi! :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post