Assalamualaikum .. ok kali ni stop dulu cerita-cerita review, cerita-cerita event dan segala post berbayar gitu. Kita kembali ke pangkal jalan, kongsi cerita-cerita biasa gitu.
Tak sampai 2 bulan lagi untuk kita tamatkan tahun 2018 ni dan akan melangkah ke tahun baru, umur baru dan juga kisah baru. Persoalannya rasa-rasa kita sempat ke merasa semua .. 🤔 sama-samalah kita berdoa moga dipanjangkan umur .. aamiin.
Kmia baru jer sambut hari lahir yang ke-39 tahun. Dah kertu gitu. Tahun depan angka depan akan bertukar baru pula 😁 Hari lahir Kmia 31hb Oct hari tu tapi tahun ni sedih sikit isk isk isk ... sambut hari lahir sorang-sorang sebab terpaksa kerja luar KK .. outstation ke Sandakan. Lepas kerja terperaplah sorang-sorang kat bilik hotel sambil ber huhu. Nasib baik bilik yang disediakan selesa 😅
Nasib baik bilik selesa gitu |
Hubby Kmia dah mendahului bertukar angka depan 6hb Oct hari tu. 40 tahun dah dia tapi ramai pula yang cakap hubby semakin nampak muda .. emmm ini tidak boleh jadi 😅 tapi memang tak dinafikan lah selepas hubby mengamalkan diet dan makan bersih ni. Nampak sihat dan lebih ceria gitu.
Cikgu Dzuhardy 😍 |
Bulan Oktober memang bulan kelahiran kami .. anak bongsu Kmia pun lahir bulan Oktober. Cuma anak lelaki Kmia yang berdua tu jer yang lain-lain bulan. Sorang bulan Feb .. sorang bulan Jun.
Siti Damia .. 7 tahun dah anak dara Kmia ni |
Bila ko dah sambut hari lahir di hujung-hujung tahun ni maka ko nikmatilah dengan sebaik mungkin sebab 2 bulan lepas tu umur ko dah bertambah lagi 🤣 ikut tahun kan kuikuikui.
Ok lah stop lah cerita-cerita kehidupan ni. Satu ja Kmia nak pesan .. bila semakin menambah umur ni INGAT jaga diri, jaga keluarga, jaga orang tua dan yang paling penting jaga hubungan dengan Tuhan. In sha Allah bahagia dunia dan akhirat.
Happy birthday Mia!
ReplyDeleteHappy Bezday Mia, Happy Bezday En Suaminya dan Happy Bezday Damia..... moga kalian sentiasa dilimpahkan rahmat Allah.....
ReplyDeleteOklah tu ber me time sorang sorang di hotel bukan dapat selalu mcm tu hahhaa...
Tak pe, balik outstation terus celebrate 10 hari 10 malam hahhaa
Hapoy bezday sis Mia, suami dan Damia. Sekejap je Oktober dah tinggalkan kita. Sekarang dah 3 Nov plak
ReplyDeleteHappy belated birthday Mia and hubby and kid.
ReplyDeleteSekarang nak 23 November pun lama tak up-date
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!