FERNLEAF UHT | KEBAIKAN SUSU DARI NEW ZEALAND YANG 100% Mmmmm

Assalamualaikum | Sebelum Kmia nak cerita lebih lanjut tentang Susu Fernleaf UHT ni .. korang tau ke apa kebaikan susu kepada kita? Selain membekalkan kalsium yang menguatkan tulang kita, susu juga  dapat meningkatkan sistem ketahanan badan kita daripada diserang penyakit. Susu yang berada di tangga ke-3 piramid makanan juga sangat kaya dengan protein yang membantu dalam pembakaran kalori. Selain itu susu sangat baik untuk kesihatan jantung kita dan sangat baik untuk kecerdasan minda anak-anak kita. 

Pelbagai jenama susu ditawarkan di pasaran untuk kita pilih mengikut keperluan dan kesesuaian selera kita khususnya anak-anak. Dan salah satunya adalah jenama Susu Fernleaf UHT.


Apa yang membezakan susu ini daripada jenama yang lain? Kerana ianya merupakan 100% Susu dari New Zealand

Okeh Kmia cerita sikit tentang New Zealand ni. New Zealand merupakan negara kepulauan di barat daya Lautan Pasifik. Di mana ianya mempunyai tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak, yang menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.
Kenapa dikatakan terbaik? Kerana bila tempat dah subur, cuaca pun elok .. ini secara tidak langsung membantu pertumbuhan rumput segar yang berkualiti tinggi.

Image from mstecker.com

Apa pula kena mengena rumput dan susu lembu? Mmmmm .. Korang mesti tak tahu kan .. bukan semua lembu tenusu peliharaan diberi makan rumput. Bila lembu tenusu diberi makanan tambahan selain daripada rumput, kualiti susu yang dihasilkan tidak sebaik kualiti susu yang dihasilkan oleh lembu tenusu yang diberi makan rumput sepenuhnya.
Di ladang lembu tenusu di New Zealand, lembu-lembu tenusu dibiarkan meragut rumput secara bebas dan tidak dikurung di dalam kandang.


Hampir sepanjang hari lembu-lembu tenusu ini dibiarkan meragut rumput secara bebas di luar. Faktor cuaca, iklim yang selesa, air yang bersih serta rumput segar telah membantu lembu-lembu tenusu ini menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk milk booster aka penggalak susu.

Selain itu Susu Fernleaf UHT ini dihasilkan oleh Pakar Tenusu di New Zealand yang mempunyai pengalaman lebih daripada 140 tahun dalam perladangan lembu tenusu. Setiap peringkat dalam proses pengeluaran susu dikawal dengan teliti bagi memastikan produk yang dikeluarkan berkualiti sebelum diedarkan kepada pengguna. 

Persekitaran yang baik, cuaca yang selesa, rumput yang segar dan berkualiti tinggi, lembu-lembu 'gembira' bebas berkeliaran meragut rumput, dijaga pula pakar tenusu yang sangat berpengalaman membuatkan Susu UHT Fernleaf sangat 100% Mmmmm ...


Yang best tentang susu ni, ianya boleh dinikmati oleh seisi keluarga dan didatangkan dalam tiga perisa iaitu Full Cream, Low Fat dan juga Coklat! 

Image from Google

Susu UHT Fernleaf lebih 100% Mmmmm bila dinikmati bersama 😋

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk sila hubungi

Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd
No. 23, Jalan Delima 1/1, Subang Hi-Tech
Industrial Park, Batu Tiga, Shah Alam, 
Selangor

No Tel : +603 5885 1888

atau di 

FACEBOOK [KLIK SINI]
WEBSITE [KLIK SINI]


Note : Jangan lupa kongsi kebaikan Susu UHT Fernleaf kepada semua 😊



2 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Asalam ..nak beli lah susu ni ..selain sihat susu penuh dengan kalsium sihatkan tulang kita

    ReplyDelete
  2. Jarang beli brand ni, selalunya beli brand Nestle kadang kadang bukan pasal rasa atau apa tp dah terbiasa beli brand yg sama, malas nak tukar padahal brand lain pun ok sebenarnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post