Sate Sipitang di Hari Merdeka!

Assalamualaikum .. belum terlambat mo wish Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang Ke-61 😊

Cuti merdeka hari tu korang pegi mana? 3 hari cuti, mesti sempat bercuti atau paling kurang pun balik kampung kan. Kmia dan hubby serta adik ipar sefamily memang ada buat plan JJCM cuti merdeka hari tu. Memandangkan kitaorang dah balik kampung raya haji tu, so cuti 3 hari tu kitaorang plan ke satu resort di Kuala Penyu. Stay di sana 2 malam. Bawa anak-anak mandi laut gitu. 
Tapi cerita tentang resort ni, nanti Kmia share di post yang lain. Korang tunggu ye ..

31hb tu kitaorang gerak dari KK dalam jam 9.30 pagi. Perjalanan ke Kuala Penyu dari KK mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam. Gerak awal sebab hubby nak solat jumaat di Pekan Bongawan. 
Kitaorang semua sampai di tempat yang dituju lebih kurang dalam jam 2 lebih. Check in dan simpan barang semua, kami terus gerak ke Sipitang. Memang plan kami nak ke Sipitang hari tu sebab nak makan sate dan durian. Perjalanan ke Sipitang dari Kuala Penyu pula mengambil masa lebih kurang dalam sejam lebih. 
Jadi hari tu masa kami memang banyak berada dalam kereta .. huhu

Sampai di Sipitang lebih kurang dalam jam 4 lebih. Lepas asar terus bergerak di Esplanad Sipitang dimana terletaknya gerai-gerai sate yang pemes itu. 
Di sini memang banyak gerai sate. Harga pula lain-lain .. ada yang 60 sen secucuk, ada yang 70 sen secucuk dan ada yang 50 sen secucuk. Kenapa berbeza? Itu Kmia kurang pasti sebab tidak sempat pula temu bual semua owner gerai tu 😅..
Pilih punya pilih .. last2 kitaorang pilih sate yang 50 sen secucuk. Sebab murah kan hehe.

Sate ayam dan daging 50 secucuk, sate kambing 60 sen secucuk .. ada juga sate perut, tungking ayam dan sayap ayam (kepak ayam madu) 

Kitaorang order 50 cucuk sate ayam, 30 cucuk sate daging dan 10 cucuk sate kambing. Nampak gondoot kan tapi kami kan ramai. Kira ok lah tu hehe

Sate Kambing .. sedap juga walaupun Kmia bukan peminat kambing


Murah dan rasa dia tidak mengecewakan .. enak gitu

Feel makan beramai-ramai ni lain sikit. Sekejapan ja sate tu licin 😋

Dah kenyang makan sate kitaorang gerak balik ke penginapan kami di Kuala Penyu. Kisah menarik di chalet Kuala Penyu ni nanti Kmia kongsikan. Korang jangan lupa baca tau. 

Note : Kmia tengok Esplanad Sipitang ni menjadi tumpuan orang ramai mungkin disebabkan gerai satenya. Tapi satu yang sangat menyedihkan, tandas awamnya sangat kotor dan tidak terurus. Air dalam tandas tiada, kena ambil dari dalam tong air yang disediakan di luar tandas (itupun pun tak pasti bersih kah tidak huhu), lampu tandas pun tiada .. gelap. Bau jangan cakaplah. Kalau bukan emergency Damia nak terberrr .. Kmia tak lalu nak masuk dalam tandas awamnya. Harap-harap pihak majlis Daerah Sipitang mengambil tindakan yang sepatutnya. Malulah bila orang luar datang dan nampak tandas camtu huhu.

4 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Alaaaa....jauhnyaaaaa kalau dekat dah lama pi sini..nampak sedap sate nya...besar2 pulak tu

    ReplyDelete
  2. Nasiblah Ahad hari tu baru makan sate kalau tidak mmg dah hentak hentak kaki nak makan jugak hahaha .... Ohh kiranya Sipitang ni medan satelahh ek.... Dekat KK tak de ke sate yg sedap mcm kat sini?

    Tulah satu masalahnya kalau nak melepaskan hajat kat tempat awam mcm ni, tapi kalau dah tak tahan sangat mcm mana ? Hadap jerlah nampaknya

    ReplyDelete
  3. okay ill take note. mana tau soon nak pegi Sabah lagi =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post