Skip to main content

MAJU KUALA PENYU FARMSTAY

Assalamualaikum korang .. ni Kmia mo share lokasi baru yang wajib korang pegi jika berkunjung ke Sabah 😎

[MAJU KUALA PENYU FARMSTAY]
Terletak di Daerah Kuala Penyu .. perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 1 jam 55 minit. Korang akan lalu Papar, Bongawan dan Membakut untuk sampai ke sini. Kmia pasti tak ramai tahu tempat ni dan Kmia sendiri pun sebenarnya nda sangka ada tempat cantik di Daerah Kuala Penyu ni. Ni kali kedua Kmia ke sini. First time datang di sini pada 21hb Julai yang lalu. Itupun adik ipar yang tolong urus dan kenalkan tempat ni.

Maju Kuala Penyu Farmstay

Berkonsepkan Farmstay iaitu penginapan di dalam dusun buah dan bestnya ianya terletak di tepi pantai. Kiranya 2 in 1 lah ni. Ini mengikut apa yang diberitahu oleh owner tempat ni Mr Mathew atau boleh juga korang panggil Uncle Mathew. Menurut beliau, dia ingin membuat kelainan sikit .. selain menikmati suasana menginap tepi pantai, pengunjungnya juga boleh memetik buah dan menikmatinya secara percuma semasa mereka menginap di sana. Kalau korang nak tahu, dusun buah ni terletak berhampiran dengan resort ni. Di belakang jer .. tak sampai 5 minit pun dah sampai.

Kemudahan Penginapan | Selain menawarkan chalet (studio type) yang berharga RM88 net semalam, di sini korang juga boleh memilih untuk tinggal di rumah ala ala homestay. Sangat sesuai jika korang datang dalam bilangan yang ramai. Ada 3 pilihan rumah yang dilengkapi dengan dapur sendiri. Banglo 6 bilik (RM800 net semalam), Rumah Teres 3 bilik (RM300 net semalam) dan Rumah Teres 2 bilik (RM250 net semalam). Pilihan Kmia ialah chaletnya 😊. Sebabnya chalet-chalet ni semua berdepan dengan pantai. Kalau nak masak pula korang boleh ja bawa portable gas dan masak di pondok-pondok yang disediakan.

Chalet-Chalet comel depan pantai

Pondok-pondok disediakan untuk korang bersantai sambil ber bbq

Awal pagi menikmati breakfast tepi pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa .. nyaman ya amat!

Apa yang korang boleh lakukan di sini | Of coz lah mandi dan berkubang di laut. Anak-anak Kmia dan kazen2nya memang dah aim dari awal lagi 'acara' ni. Pantai kat tempat ni best tau .. belum tercemar dan tak berbau. Kan ada sesetengah tempat tu air lautnya berbau hanyir tapi kat sini langsung tak ada. Tu sebab Kmia ok ja bila anak-anak 'berkubang' seharian di pantai. Ambil ko 3 hari 2 malam di sini, siangnya banyak masa di tepi pantai ja. Balik rumah anak-anak semua dah sunburn .. dah lah memang semulajadi kulit gelap .. ni dah 'hangus' tinggal biji mata dan gigi ja nampak 😂.

Aktiviti wajib .. mandi laut

Dan mandi laut 😅

Salah satu view menarik di sini

Selain aktiviti mandi manda .. korang boleh juga memancing, menangkap ketam ataupun memungut kerang bila air laut surut. Batang pancing ada disediakan untuk disewakan jika korang tidak ada membawa kelengkapan sendiri. 
Hasil pancingan korang bolehlah buat bbq di malam hari gitu. Tapi jangan risau, jika tak ada sebarang hasil tapi korang nak juga memanggang-manggang ikan, korang boleh request dari owner resort ni. Dia boleh carikan korang ikan segar yang dijual dalam harga yang berpatutan. Selain itu kat tempat ni korang juga boleh order makanan. So tak payah risau tentang makan. Dan bagi pengunjung muslim .. korang jangan risau, tukang masaknya ialah isteri kepada pembantu owner tempat ni .. Muhamad Syukri. In sha Allah .. halal. 😊
Hari tu sempat juga Kmia minta masakan menu istimewa tempat ni .. Ikan masak Asam Pedas. Perrggh memang mantap. Wajib korang cuba.

Salah satu port untuk mereka yang kaki pancing

BBQ di malam hari

Wajib cuba menu Ikan masak Asam Pedas dorang

Selain aktiviti laut, aktiviti lain yang mungkin menarik perhatian korang terutamanya kanak-kanak iaitu berkunjung ke dusun buah. Aktiviti memetik buah sendiri dan menikmatinya merupakan salah satu pengalaman baru untuk anak-anak Kmia. Maklumlah budak lama menetap di bandar dan keluarga Kmia pun bukannya ada dusun buah huhu. 

Dusun Buah

Ni Kmia nak bagitau, nikmat makan buah selepas ko berkubang di laut memang lain macam tau. Nak nak lagi buah mangga kat dusun buah di sini sangat sangat manis dan sedap. Manis cam buah tu disuntik gula ja 😁. 
Tapi jika korang nak aim buah mangga ni, korang kena stay di sini dalam bulan Julai. Sebab time tu musim buah. Masa tu kenyang makan mangga lah korang hehe. Selain buah mangga, kat dusun ni ada juga buah limau bali, local sunkist (nak tahu cam mana rupa local sunkist tu, korang kena stay lah sini dulu), ada juga guava dan juga durian (tapi yang ni belum pernah berbuah lagi kata Uncle Mathew .. dia sendiri pun tengah tunggu). 😅

Pokok Limau Bali

Limau Kasturi pun ada

Sedang menikmati buah local sunkist

Ibarat menunggu buah tak gugur 😅

Mendapat permintaan ramai .. buah mangga chokanan nama diberi. Semua dah siap hulur tangan nak makan mangga yang sebiji itu 😂

Mr Mathew Goh .. owner tempat ni. Peramah dan cukup mesra dengan guest yang menginap di sini. 

Tarikan lain | Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang korang boleh lakukan di sini. Korang pegi ja melawat laman web di [ WEBSITE MAJU KUALA PENYU FARMSTAY ] untuk check it out senarai aktiviti yang menarik. Bukan itu saja, korang sebenarnya boleh buat program lain kat sini cam Family Day .. tanah lapang kat tempat ni sebenarnya sangat luas, boleh memuatkan 300 hingga 600 orang dalam satu masa. Jangan risau tentang khemah sebab owner tempat ni boleh tolong carikan dengan harga sewa yang amat berpatutan.  Hari tu pun ada satu keluarga besar sedang mengadakan program family day mereka di situ. Memang best dan meriah Kmia tengok, siap ada acara sukaneka lagi.
Kmia dan family sudah dua kali menginap di sini dan sangat sangat berpuas hati dengan layanan owner tempat ni, Mr Mathew dan juga pembantunya En Muhamad Syukri. Sangat peramah dan juga mesra pelanggan gitu. Tak percaya? Korang boleh baca review tentang tempat ni dan ownernya di Facebook rasmi dorang [ FACEBOOK MAJU KUALA PENYU FARMSTAY ]. 

Pembantu owner tempat ni .. En Muhamad Syukri. Tinggi cam galah ko, nampak ketot ja hubby di situ hehe

Rate Kmia untuk tempat ni adalah 5 bintang. Sangat di recommend kan untuk korang yang ingin lari sekejap dari kesibukan bandar 🤗


Untuk tempahan dan juga pertanyaan lanjut korang boleh call atau whatapps di
012 8235230 (Mathew Goh)
010 5313183 (Muhamad Syukri)

Map ke tempat ni dari Kota Kinabalu



Comments

  1. Adoiyai bilalah nak sampai KK lagi agaknya.....

    Yelah jemu jugakkan kalau asyik ke gunung je, sesekali masuk dusun pulaklah kan hihi .....Kiranya awak anak beranak kenyang limau balilah hari tu ek hihi....

    ReplyDelete
  2. lamanya tak ke Sabah..!!! macam2 dah benda baru skrang kan. menarik staycation macam ni ada dusun tu lagi best..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a