Tips kekalkan berat badan ideal

Assalamualaikum .. salam 5 ramadan gitu. Cepat kan .. nda sedar bah mo dekat seminggu suda kita berpuasa. 
Ok hari ni Kmia mo story-story biasa jer. Almaklumlah 2 3 menjak ni asyik entri review .. boringlah pula baca blog sendiri 😅

Masuk bulan puasa ni ramailah yang bertarget-target mo turunkan berat badan ke berat yang ideal. Ye lah .. salah satu faktor yang menyebabkan berat badan cepat turun ialah dengan berpuasa. Sebenarnya boleh je puasa di lain-lain bulan tapi itulah kena orang yang betul-betul istiqomah dan tahan nafsu makan. Kawan-kawan di sekeliling sedang makan dan ko sedang berpuasa sunat .. mencabar jiwa dan raga ni hehe. 
Memang tak dinafikan ada orang yang turun selepas sebulan berpuasa .. tapi kan ada juga yang tak turun-turun. Malahan tambah naiklah pula ... tidaaaak!
🤔 kenapa gitu ye .. ko sendiri yang melantak makan time buka puasa cam orang kebuluran setahun tak makan .. cam mana nak turun .. ish ish.

Ni Kmia nak kongsi sikit tips kekalkan berat badan yang ideal. Ni berdasarkan pengalaman hubby Kmia yang sudah selim melim itu dan maintain sehingga kini 😅. 


Pertengahan tahun 2016 hubby dah start diet bila mana berat dah mencecah 90kg 😨 dan suspect hypertension .. Alhamdulillah dalam masa 5 ke 6 bulan saja berat hubby dah turun ke 63kg. Hinggalah sekarang. 
Tips untuk kekal ? Rasanya semua orang dah tau cuma sanggup ke tidak follow tu tak tahulah. Kui kui kui. 

Antaranya 
Kawal apa yang kita makan ni orang selalu failed. Boleh makan tapi point pentingnya adalah kawal. Ikut sunnah Nabi .. berhenti makan sebelum kenyang. Ni tidak selagi tak macam ular sawa kekenyangan selagi tu lah semua rasa nak disumbat dalam mulut. 

Jangan lupa bersenam ni jangan lupa ye. Tak semestinya nak keluar di padang ke .. taman ke .. gym ke baru ko nak bersenam. Di rumah pun boleh sebenarnya. Dalam setengah sudah cukup rasanya korang bakar kalori makanan yang korang makan tadi. Tapi senam tu biarlah yang betul-betul .. setakat goyang kaki dan tangan sikit mana nak terbakarnya kalori tu. Silap-silap peluh pun tak ada. Huhu

Minum air secukupnya korang tentu ingat kan hubby Kmia bila dah start diet gini tak jejak ke restoran fast food tu semua. Salah. Dia masih juga makan kepsi .. masih juga makan apple pie dari mekdi hehe tapi selalunya bila dah abis makan tu semua dia selalunya akan minum air putih yang banyak. 

Puasa Sunat yang ini ya .. Memang hubby Kmia amalkan. Isnin dan Khamis dia akan berpuasa. Korang pun boleh cuba amalkan. Sekurang-kurangnya dalam seminggu tu ada dua hari kita lupakan makanan yang sedap-sedap itu. 

Kmia ni bila pula nak diet .. tunggulah ye .. tunggu abis Kmia settle semua jemputan review makanan baru kitaorang start diet ... kah kah kah

Sekadar gambar hiasan 😅


1 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post