DAPUR BERAPI oleh SELEBRITI CHEF ISMAIL di PROMENADE CAFÉ, PROMENADE HOTEL KOTA KINABALU

Assalamualaikum .. 21-05-2018, Kota Kinabalu, Sabah | Selebriti Chef Malaysia - Dato' Chef Ismail Ahmad (lebih dikenali sebagai Chef Ismail) diterbangkan khas ke KK gitu .. oleh Promenade Hotel Kota Kinabalu bagi memperkenalkan beberapa menu masakan melayu beliau yang sangat-sangat menyelerakan.
Diinspirasikan oleh masakan melayu tradisional dan tulen, Chef Ismail sangat dikenali dengan cara masakan yang teliti dimana beliau akan memastikan sesuatu masakan itu dimasak mengikut sepenuhnya resepi tradisional yang original agar rasa masakan tersebut dapat dikekalkan sehingga generasi yang seterusnya.


Berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu di Negeri Sembilan, Chef Ismail memulakan acara hari itu dengan membuat demonstrasi masakan salah satu menu daripada *17 Signature Dishes - 'Nasi Ulam Chef Ismail' dimana ianya disaksikan sendiri oleh tetamu kehormat - Yg Bhg Datuk Dr Yeo Boon Hai, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di restoran 24 Jam Promenade Hotel Kota Kinabalu - Promenade Café.





Majlis diteruskan dengan Cabaran Memasak Khas di antara tetamu kehormat, Datuk Dr Yeo Boon Hai dan seorang selebriti tempatan yang dijemput khas - Tian Long.  Mereka dikehendaki untuk memasak Nasi Ulam sama seperti yang ditunjukkan oleh Chef Ismail di awal acara tadi.


Cabaran memasak ini diadili oleh para juri yang terdiri daripada 3 wakil dari pihak pengurusan atasan Promenade Hotel Kota Kinabalu.


Dan cabaran memasak hari tu dimenangi oleh Datuk Dr Yeo Boon Hai .. 



Acara ditamatkan dengan berbuka puasa di Buffet Sungkai, Promenade Cafe' yang mana  terdapat lebih 200 jenis menu masakan ramadan dihidangkan termasuk Celebrity Chef Ismail's *17 Signature Dishes iaitu Gulai Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan, Ayam Kurma, Ayam Percik Kelantan, Bubur Lambuk, Daging Bakar Air Asam Kerisik, Daging Masak Hitam, Kerabu Mangga Rebung, Kerabu Pucuk Paku & Taugeh, Ketupat Sotong, Laksa Asam, Lawar Jantung Pisang, Lemak Cili Padi Daging Salai, Nasi Minyak, Nasi Ulam Chef Ismail, Sambal Udang dan Air Bandung Chef Ismail - semuanya disediakan secara bergilir disamping menu buffet makan malam antarabangsa dan juga menu khas daripada Promenade Café's Malay Sous Chef Mohd Firdaus Abdullah iaitu Kari Kepala Ikan, Asam Pedas Ekor ala Promenade, Udang Masak Petai dan juga Coconut Milkshake. 








*Antara Menu daripada 17 Signature Dishes oleh Chef Ismail

Dan semua ini korang boleh nikmati disepanjang bulan ramadan ini pada harga RM138 seorang untuk dewasa dan RM69 seorang untuk kanak-kanak (6 hingga 12 tahun).

Menurut En Hafizan Wong, Pengurus Besar Promenade Hotel Kota Kinabalu - selain pada bulan ramadan, pihak hotel juga bercadang untuk menawarkan pesta buffet dengan pelbagai menu pilihan bagi menyambut bulan syawal pada hari pertama dan kedua raya pada bulan jun nanti. Jangan lupa untuk membuat tempahan awal di Promenade Café, Promenade Hotel Kota Kinabalu dengan menghubungi talian tel : (60)(88) 252 396.

En Hafizan juga berkata "Jika korang bercadang untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Sahur atau Jamuan Hari Raya .. biar pihak katering hotel sediakan semuanya untuk korang"
Maklumat lanjut mengenainya, call ke Catering Hotline di talian 088-251 415 atau email ke sales@promenade.com.my





1 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post