Jom ke BAZAAR RAMADAN Le Meridien Hotel!

Assalamualaikum .. dah masuk seminggu berpuasa ni tentu, mesti dah banyak bazaar ramadan yang korang kunjungi untuk membeli juadah berbuka puasa kan 😀.
Ni ada satu tempat Kmia nak suggest dengan korang. Macam-macam juadah yang korang boleh dapat di 'Bazaar Ramadan' yang ni tau. 


'Bazaar Ramadan' Buffet Sungkai di Restoran Latest Recipe, Le Meridien Kota Kinabalu, Sabah. 
Dibuka kepada pelanggan dari jam 6.30 petang hingga 10 malam sepanjang bulan ramadan ini. 

Apa yang menarik di sini .. 🤔 sudah tentulah 5 MENU TRADEMARK mereka. Menurut pihak hotel, 5 menu ni memang mendapat sambutan para pelanggan sejak hari pertama buffet ramadan ini dibuka dan sebab itulah menu-menu ni wajib ada pada setiap hari di dalam senarai juadah berbuka puasa buffet sungkai di Le Meridien Kota Kinabalu. 

ROAST LAMB

13 GULAI KAWAH BERADIK

✔SUP GEARBOX

SATE

DESSERT WONDERLAND

Alahai .. Kmia pula sendiri yang tertelan air liur tengok 5 menu utama buffet sungkai di Le Meridien Hotel ni. 
Semua menu di atas memang wajib ada dalam juadah buffet sungkai hotel ni setiap hari. Kambing panggang dengan pelbagai pilihan sos. Sup Gearbox .. hah! Yang ini Kmia memang suggest korang Wajib Cuba! Power giler ... makan dengan roti pun sedap. Sate .. harus ada. Orang Malaysia ni penggemar sate, tak gitu. Sate dia lembut je, senang dimakan dan sangat berperisa. 
13 Gulai Kawah Beradik. Jangan tanya napa nama tu begitu .. yang penting ada 13 kawah yang berisi lauk pauk yang sedap-sedap. Nak tau lauk-pauk tu .. korang pegi skodeng di IG Kmia @miakassim
Dan Dessert Wonderland .. ni jadi 'syurga' kanak-kanak lah ye. Pelbagai jenis manisan, kek, buah-buahan, bubur, kuih tradisional .. jadi pilihan. Tapi kan rasanya kat sudut ni bukan kanak-kanak saja yang suka .. mak bapa pun lompat bintang bila nampak dessert2 yang menawan hati tu semua. 

Upppss bukan 5 menu ni sahaja di hidangkan .. ada lebih 350 menu lain dihidangkan di 'Bazaar Ramadan' Buffet Sungkai di Latest Recipe, Le Meridien Hotel ni. Banyak gila kan. 
Selain itu memandangkan konsep mereka adalah bazaar ramadan, terdapat beberapa gerai-gerai disediakan yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. 



 



Dari menu goreng-goreng, berkuah .. nasi ayam, nasi lemak malahan lok-lok pun ada. Bukan itu sahaja, makanan tempatan orang Sabah juga ada dihidangkan di sini .. tuhau, sambal bambangan, hinava .. emmm tertelan-telan air liur pula 🤣

Berapa harga untuk seorang ?? Harga biasa RM168nett untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak. TAPI tunggu dulu, sekarang dorang ada promosi tau. Korang boleh beli Sungkai Buffet Prepaid Voucher pada harga RM138nett seorang. Dan katanya beli korang beli 20 ada percuma 1. 


Untuk maklumat lanjut dan tempahan korang boleh hubungi mereka di 

Tel : (60)(88)322 238

Atau terus ke hotel mereka di

Jalan Tun Fuad Stephens,
Sinsuran Kompleks,
88000 Kota Kinabalu, Sabah

2 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post