Resepi Sambal Ikan Masin Jawa Meletops

Assalamualaikum .. salam 10 ramadan. Tak sedar hampir 2 minggu dah kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. 
Mesti korang dah start sibuk urusan persiapan untuk beraya kan. Termasuklah Kmia. Memandangkan minggu depan kat Sabah budak sekolah cuti seminggu sempena Hari Wesak dan Pesta Kaamatan, ambillah kesempatan ni uruskan apa yang patut. 

So sebelum Kmia nak keluar, ni Kmia kongsikan resepi kegemaran Kmia adik beradik. Resepi ni sebenarnya dari Kmia dan kitaorang selalu request dia buatkan bila balik kampung. Sedap meletops gitu.



Resepi Sambal Ikan Masin Jawa Meletops

Bahan-Bahan
Ikan Masin (isi sahaja, dipotong kecil2 dan goreng. Tapi jangan terlalu garing ye, nanti keras pula. Di suggest guna ikan putih).
Bawang Besar di hiris
Bawang Merah (blend)
Bawang Putih (blend)
Cili Padi ikut tahap pedas yang korang nak (blend)
Taucu Manis
Gula secukup rasa
Minyak Masak untuk menumis

Cara Masak
Simple je .. panaskan minyak masak. Masukkan bahan-bahan yang sudah diblend. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan tauhu manis, gula secukup rasa. Lepas tu masukkan bawang besar yang telah dihiris serta ikan masin tadi. Gaul dan tumis sehingga kering (jangan sampai hangus pula). Siap untuk dihidang 😉

*jika sambal cukup kering .. boleh tahan seminggu tau tapi simpan kat esbok lah ye.

Selamat mencuba !


2 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Hurmm sedapnya lama tak makan ikan masin...

    ReplyDelete
  2. sedap bha ni makan ikan masin ... adoi, terliur pula tetiba...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post