Hidangan Buffet Buka Puasa bertemakan ‘Selera Kampung’ di Restoran Tepi Laut Makan Street, Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa Kota Kinabalu

Assalamualaikum .. Restoran Tepi Laut di Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa buat julung kalinya menawarkan hidangan buffet untuk buka puasa yang begitu memuaskan hati buat para pelanggan. Resort bertaraf 5 bintang yang terletak di Pantai Dalit Tuaran ini bakal memberikan pilihan yang lebih baik untuk mereka yang mencari hidangan buffet berkualiti tinggi dengan harga yang  berpatutan. Hidangan buffet buka puasa tahun ini adalah bertemakan ‘Selera Kampung’. 

Restoran Tepi Laut Makan Street

Restoran Tepi Laut Makan Street ini terletak berhampiran dengan kolam renang dan pantai, ianya memberikan suasana damai semasa menikmati juadah yang disediakan dalam buffet buka puasa. Konsep restoran ini mengimbau nostalgia gerai makan jalanan dan jajaran restoran dalam bangunan rumah kedai. Khusus untuk buffet buka puasa, setiap gerai dalam restoran ini menghidangkan sajian khusus dari serata Asia. 

Gerai Curry House

Gerai ‘Curry House’ misalnya menghidangkan makanan berasaskan kari misalnya Kari Ikan, Ayam Goreng Berempah, Rendang Kambing dan sebagainya. Gerai-gerai lain yang ada di Restoran Tepi Laut ini adalah ‘Sabah Vegetables’, ‘Asian Grill’, 'Roti House’ dan juga ‘Noodle & Chinese BBQ’. Para pelanggan adalah bebas untuk memilih gerai dan jenis hidangan yang mereka inginkan.

Kambing Bakar

Hidangan yang menjadi perhatian para pelanggan adalah Kambing Bakar yang dihidangkan bersama dengan sos cendawan dan lada hitam. Aroma Kambing Bakar yang dimasak sempurna sesungguhnya menggamit selera para pelanggan apatah lagi di saat-saat menjelangnya waktu untuk berbuka puasa. Tidak hairanlah jika terdapat barisan panjang untuk mendapatkan hidangan istimeswa ini. Antara hidangan lain yang terdapat di gerai ini adalah Ayam Pansoh, Ayam Percik serta Ikan Bakar.

Ikan Bakar

Kami difahamkan bahawa Ikan Bakar ini disediakan oleh Chef De Cuisine, Roslan Adnan yang turut menghidangkan resepi rahsia keluarganya seperti Sambal Kelapa dan sebagainya. Pegawai Eksekutif Komunikasi, Charlene Tan menjelaskan bahawa setiap hidangan dalam buffet buka puasa ini diberikan kawalan kualiti yang tinggi untuk menjamin kepuasan para pelanggan. Menurut Charlene Tan, hidangan sate yang pelbagai juga disediakan seperti Sate Ayam, Daging dan Kambing.

Pelbagai Hidangan Manisan

Hidangan manisan yang pelbagai seperti kuih-muih tradisional Melayu sehinggalah sajian pencuci mulut antarabangsa juga disediakan. Tidak ketinggalan adalah pilihan jenis aiskrim serta minuman yang pelbagai jenis. 

Hidangan buffet Buka Puasa ‘Selera Kampung’ ini ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu RM158 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak (6-12 tahun). Sehingga 31 Mei 2018, pelanggan yang membeli 3 tiket akan mendapat 2 tiket percuma! Hubungi pihak resort untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di talian 088-797855 (9 Pagi-7 Malam). 

(Hidangan buffet buka puasa di Restoran Tepi Laut Makan Street Shangri-La’s Rasa Ria Resort Kota Kinabalu ini berlangsung dari 15 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018).

*Oleh ahli Sabahan Bloggers: (Jun-Zie, Mia Kassim, Lan, JoehairieYatie dan Liza Izara)

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post