Assalamualaikum .. Salam 14 ramadan. Genap 2 minggu kita berpuasa. Cepatnya 😊pejam celik pejam celik lagi 2 minggu kita nak sambut raya gitu.
Ramadan kali ni rezeki Kmia selalu mendapat jemputan untuk buat 'food review' sekaligus berbuka puasa. Dan sabtu hari tu Kmia sekeluarga, hubby dan anak-anak diberi peluang untuk mencuba sendiri set menu berbuka puasa 'Family Feast' di PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL Kota Kinabalu 😄
Kmia ni sebenarnya agak cerewet dalam bab-bab pemilihan tempat berbuka puasa terutama bila membawa anak-anak bersama. Kmia pastikan ianya selesa, teratur, bersih malahan susun atur kerusi meja pun Kmia ambil kira. Cerewet kan 😅.
Masuk ke restoran ni .. ok ! Selesa .. walaupun agak kecil sedikit ruangnya tetapi susun atur kerusi dan mejanya yang kemas menjadikan ianya tampak selesa dan santai, bukan untuk mereka yang datang berseorangan tetapi untuk pelanggan yang membawa keluarga seperti Kmia.
Selain ruang makan yang selesa, restoran ni juga menyediakan mini playground untuk mereka yang datang membawa anak-anak kecil. Jadi ibu bapa boleh makan dengan selesa sementara anak-anak bermain di mini playground tersebut. Bukan itu sahaja, restoran ni berada dalam shopping complex .. surau mudah dicari jika ingin menunaikan solat maghrib selepas berbuka.
Seperti restoran-restoran lain, Pancake House International juga turut memperkenalkan set berbuka puasa sepanjang bulan ramadan. Dan yang bestnya korang boleh nikmatinya sehingga bulan Julai.
SET FAMILY FEAST
![]() |
4 Jenis Nasi | Nasi Putih, Nasi Kuning, Nasi Bawang Putih dan Nasi Serai Pandan |
![]() |
Kari Kambing |
![]() |
Rendang Ayam |
![]() |
Terung Sumbat |
![]() |
Daing Na Bangus | sejenis ikan yang dipanggil Milkfish, diimport dari Negara Filipina. Di goreng tanpa tulang dan dihidangkan bersama jeruk timun & tomato |
![]() |
Mini Kurma Pancake | Pancake yang dihidangkan bersama sos kurma ni dikeluarkan khas sempena set Family Feast ini |
Selain menu Family Feast ni, korang juga boleh mencuba menu speciality restoran ni seperti Fiesta Taco Salad dan House Special Set.
Untuk makluman lanjut mengenai set Family Feast ini dan juga menu-menu lain yang ditawarkan di Pancake House International ini, korang boleh check sendiri di
atau terus ke cawangan mereka di
LOT G4 - G4(A), GROUND FLOOR
KARAMUNSING KOMPLEKS
88300 KOTA KINABALU, SABAH.
Tel : (60) 88 319 618
agak selesa restoran ni.nampak menarik.
ReplyDeleteJanjiKita
Bestnya. Tengok menu pun boleh tahan sedap.
ReplyDeletecomelnyaa makan pancake. sedap2 nampak makanan.. kelemahan betul tengok food =P
ReplyDeleteOkje tahun ni mmg mencipta sejarah Mia sebab tak berbuka kat luar. Kalau berbuka pun keluar lepas maghrib. Malas dah nak bersesak sesak kat luar berebut nak solat maghrib..
ReplyDeleteKat IOI rasanya ada pancake house ni tp tak pernah cuba
Mana entry Raya?
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!