Buka Puasa dengan Family Feast di Pancake House International

Assalamualaikum .. Salam 14 ramadan. Genap 2 minggu kita berpuasa. Cepatnya 😊pejam celik pejam celik lagi 2 minggu kita nak sambut raya gitu. 

Ramadan kali ni rezeki Kmia selalu mendapat jemputan untuk buat 'food review' sekaligus berbuka puasa. Dan sabtu hari tu Kmia sekeluarga, hubby dan anak-anak diberi peluang untuk mencuba sendiri set menu berbuka puasa 'Family Feast' di PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL Kota Kinabalu 😄


Kmia ni sebenarnya agak cerewet dalam bab-bab pemilihan tempat berbuka puasa terutama bila membawa anak-anak bersama. Kmia pastikan ianya selesa, teratur, bersih malahan susun atur kerusi meja pun Kmia ambil kira. Cerewet kan 😅.

Masuk ke restoran ni .. ok ! Selesa .. walaupun agak kecil sedikit ruangnya tetapi susun atur kerusi dan mejanya yang kemas menjadikan ianya tampak selesa dan santai, bukan untuk mereka yang datang berseorangan tetapi untuk pelanggan yang membawa keluarga seperti Kmia. 




Selain ruang makan yang selesa, restoran ni juga menyediakan mini playground untuk mereka yang datang membawa anak-anak kecil. Jadi ibu bapa boleh makan dengan selesa sementara anak-anak bermain di mini playground tersebut. Bukan itu sahaja, restoran ni berada dalam shopping complex .. surau mudah dicari jika ingin menunaikan solat maghrib selepas berbuka.


Seperti restoran-restoran lain, Pancake House International juga turut memperkenalkan set berbuka puasa sepanjang bulan ramadan. Dan yang bestnya korang boleh nikmatinya sehingga bulan Julai. 

Set FAMILY FEAST .. sesuai dinikmati oleh 4 orang pada harga RM100 sahaja. Dalam set ni korang akan dapat 4 Jenis Nasi, Kari Kambing, Rendang Ayam, Daing Na Bangus dan juga Terung Sumbat. Bukan itu sahaja korang akan dapat percuma Mini Kurma Pancake dan juga 1 botol Fanta Strawberry 1.5l


SET FAMILY FEAST
4 Jenis Nasi | Nasi Putih, Nasi Kuning, Nasi Bawang Putih dan Nasi Serai Pandan

Kari Kambing

Rendang Ayam

Terung Sumbat

Daing Na Bangus | sejenis ikan yang dipanggil Milkfish, diimport dari Negara Filipina. Di goreng tanpa tulang dan dihidangkan bersama jeruk timun & tomato

Mini Kurma Pancake | Pancake yang dihidangkan bersama sos kurma ni dikeluarkan khas sempena set Family Feast ini

Selain menu Family Feast ni, korang juga boleh mencuba menu speciality restoran ni seperti Fiesta Taco Salad dan House Special Set.

Fiesta Taco Salad | mengandungi kepingan ayam panggang, kidney bean, kerepek jagung, campuran salad hijau dengan taburan keju cheddar. Dimakan bersama special dressing salad. Semua ini dihidangkan di atas giant taco yang rangup. Harga 1 set RM17.90

House Special Set | mengandungi hampir kesemua specialty menu di restoran ni seperti House Taco, Spaghetti dengan Sos Daging Ayam, Roti Bawang Putih, 1 ketul Pan Chicken dan dihidangkan bersama segelas Ice Lemon Tea. Harga 1 set RM24.90

Untuk makluman lanjut mengenai set Family Feast ini dan juga menu-menu lain yang ditawarkan di Pancake House International ini, korang boleh check sendiri di 

atau terus ke cawangan mereka di
LOT G4 - G4(A), GROUND FLOOR
KARAMUNSING KOMPLEKS
88300 KOTA KINABALU, SABAH.
Tel : (60) 88 319 618


6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. agak selesa restoran ni.nampak menarik.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Tengok menu pun boleh tahan sedap.

    ReplyDelete
  3. comelnyaa makan pancake. sedap2 nampak makanan.. kelemahan betul tengok food =P

    ReplyDelete
  4. melting betul tu pancake kak mia..nasib jauh dari cp. kalau ndak, memang hari2 ku makan tu :D

    ReplyDelete
  5. Okje tahun ni mmg mencipta sejarah Mia sebab tak berbuka kat luar. Kalau berbuka pun keluar lepas maghrib. Malas dah nak bersesak sesak kat luar berebut nak solat maghrib..

    Kat IOI rasanya ada pancake house ni tp tak pernah cuba

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post