NANDO'S | Everyone's Platter #EveryoneisWelcome

Assalamualaikum

NANDO'S #everyoneiswelcome | Baru-baru ni rangkaian restoran Afro-Portugis yang menyajikan ayam bakar gril dalam sos cili pedas, NANDO'S .. telah memperkenalkan hidangan menu mereka yang terbaharu. 
Dengan tag line "Everyone is Welcome", 4 pax menu ini mampu memberi kepuasan kepada yang semua.


Everyone's Platter @ RM 99 untuk 4 orang (RM 24.75 per pax)

Fire Starter
- Portobello Mushroom Bowl (New!)

One Whole PERi-PERi Chicken

Sides to share
- Regular-Corn-On-The-Cob
- Large PERi-PERi Wedges
- Regular Side Salad
- Large Mediterranean Rice

4 Bottomless Coca-Cola

Image from Nando's Malaysia

Pada 24 Nov yang lalu, Kmia dan beberapa #sabahanbloggers yang lain berpeluang untuk menikmati sendiri keenakkan hidangan set menu terbaharu dari Nando's.

Masuk sahaja ke Restoran Nando's anda akan disambut dengan penuh mesra oleh para pekerja .. semestinya begitu kan, barulah para pelanggan berasa selesa dan berselera untuk makan. 


Kmia dihidangkan dengan menu pembuka selera ; Green Tea (RM 8.90) dan juga PERi-PERi Chips (RM 7.95). Chips ataupun bahasa yang lebih kita kenali French Fries dihidangkan bersama dengan sos mayonis yang sangat sedap.


Tidak menunggu lama, apatah lagi perut pun masing-masing sudah berkeroncong, menu utama malam tu pun dihidangkan. Everyone's Platter 😋
Memang sedap apatah lagi bila ianya dimakan beramai-ramai dengan teman atau family 😊


Hidangan PERi-PERi Chicken tidak lengkap jika tidak dimakan bersama dengan sos cilinya. 


Pelbagai pilihan sos .. dari yang pedas-pedas manja hingga yang ke sangat-sangat pedas. So semua orang pun boleh menikmatinya dengan senang hati .. gitu 😎
Selepas menu istimewa itu, kami dihidangkan dengan menu pencuci mulut yang sangat-sangat sedap!


Caramel Cheesecake ... para penggemar kek keju, Kmia memang suggestkan korang order menu ni. Memang sangat sedap manis berkrim gitu. Selain dari kek ni ada juga menu dessert lain yang korang boleh order di Nando's. 

Menu Happy Ending katanya 😊

Sedikit mengenai Nando's
Nando's adalah sebuah rangkaian restoran dari Afrika Selatan dengan membawa tema Portugis. Diasaskan pada tahun 1987, Nando's beroperasi di 26 buah negara termasuk Malaysia. Cawangan Nando's di Malaysia dibuka pada tahun 1998 dan setakat Mei tahun 2015 sebanyak 69 Restoran Nando's di buka di seluruh Malaysia. 
Sumber : Wikipedia

Oh ya .. jika korang ke mana-mana restoran Nando's, korang mungkin akan ternampak kad-kad seperti di bawah diletakkan di atas meja. 


Korang jangan buat-buat tak nampak nanti rugi tau. Nando's ada adakan contest di instagram dan pemenang yang bertuah akan mendapat PERi-PERi Chicken Voucher. Contest berakhir pada 7 Jan 2018.


Untuk maklumat lanjut mengenai Nando's korang boleh layari 




3 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post