THE SIGNATURE FOOD FEST 4TH YEAR EDITION AWARDS NIGHT

Assalamualaikum

Hi Korang!

The Signature Food Fest 4th Year Edition Award Night - 31 Okt 2017 - Grandis Hotel Kota Kinabalu | Ini kisah throwback juga. Kisah kejadian pada hari selasa yang lalu ... kejadian ok (macam suspen pulak).

Pict Credit to http://mejarasakk.blogspot.my


Ini kali yang ke-4 pihak Eleventh Avenue Media Marketing menjayakan acara 'The Signature Food Fest 2017" yang mana pembukaan acara ini secara rasminya telah diadakan di Suria Sabah Shopping Mall pada 29-30 Sept & 1 Okt 2017 yang lalu.
Acara ni menampilkan 12 restoran termasuk hotel dari sekitar Kota Kinabalu dimana masing-masing memperkenalkan hidangan utama mereka. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan dimana pada 3 hari upacara pembukaan hampir kesemua makanan yang disediakan oleh para peserta laris dijual. 

12 restoran yang menggambil bahagian untuk edisi yang ke-4 ini adalah :
  1. Borenos Fried Chicken
  2. BTC Restaurant
  3. Dart Bistro
  4. Ebizou Japanese Restaurant
  5. Hard Rock Cafe - Kota Kinabalu
  6. Little Melaka
  7. Mosaic (Hyatt Regency Kinabalu)
  8. Rosea Cafe (Grandis Hotels & Resort)
  9. Sakagura Japanese Restaurant
  10. Shoney's Dining & Bar
  11. Tanjung Ria Kitchen (Hyatt Regency Kinabalu)
  12. The Glass Grill & Bar

Terdapat 8 anugerah yang menjadi rebutan para peserta, iaitu :
  1. Best Signature Menu
  2. Best Ambiance
  3. Best Customer Service
  4. Outstanding Chef
  5. Facebook Most Popular
  6. Blogger's Choice Award
  7. Best Plate Presentation
  8. MoreFun Best Award (anugerah yang baru diperkenalkan)

Acara ini juga turut memperkenalkan "Dine, Win & Vote" dimana para pelanggan yang berkunjung dan memesan hidangan signature boleh "Undi dan Menang" untuk restoran kesukaan mereka. Hadiah-hadiah menarik sedia menanti untuk pelanggan yang bertuah. Cabutan akan dibuat pada 31 Okt 2017 pada acara penutupan. Hadiah utama merupakan penginapan percuma yang ditaja oleh Phoenix Hotel Forest City (Johor Bahru).

Menu restoran yang dipertandingkan akan dicuba dan dinilai oleh hakim-hakim jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang makanan. Ketua Hakim Datuk Gordon Leong, diikuti oleh Pengarah Urusan The English Tea House (Sandakan) Encik Rory Ricardson dan Cik Evon Foo yang berpengalaman selama 20 tahun dalam pengurusan hotel dan juga restoran bertaraf lima bintang.
Untuk pilihan blogger pula, Encik Joehairi dan Lan daripada blog curiostraveller.com menjadi hakim disamping Encik Alfred Allen Ginsos daripada blog mejarasakk.blogspot.com juga selaku penganjur acara ini.

Malam kemuncak ialah pada 31hb Okt 2017 yang diadakan di Grandis Hotel & Resort Kota Kinabalu. Kmia juga dijemput untuk sama-sama memeriahkan dan menyaksikan majlis anugerah tersebut. Tetamu kehormat pada malam itu adalah YB Datu Seri Panglima Masidi Manjun (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah). Beliau juga telah menyampaikan anugerah-anugerah kepada pemenang. 

Peserta yang bertuah membawa pulang anugerah pada malam itu ialah :

Outstanding Chef - Tie Result
  • Shoney's Dining & Bar
  • Tanjung Ria Kitchen by Hyatt Regency Kinabalu
 Best Customer Service
  •  Sakagura Japanese Restaurant
Best Ambiance
  • Tanjung Ria Kitchen by Hyatt Regency Kinabalu   
Best Plate Presentation
  • BTC Restaurant 
Blogger's Choice Awards
  • Borenos Fried Chicken
  • Little Melaka
  • Sakagura Japanese Restaurant
 Facebook Most Popular
  • Rosea Cafe by Grandis Hotels & Resort
  • Shoney's Dining & Bar
  • Little Melaka
MoreFun Best Awards
  • Grandis Hotels & Resorts

Acara majlis diakhiri dengan jamuan buffet dinner di Rosea Cafe, Grandis Hotel & Resorts. 

Foto-foto sekitar acara kemuncak itu 😉





Mr Alfred Allan dari mejarasakk.blogspot.my selaku blog rasmi dan penganjur juga emcee majlis malam tu

Ms Joanne Chong wakil dari Forest City (Johor Bahru)

YB Datu Seri Panglima Masidi Manjun (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah)

Dan antara para penerima anugerah malam tu. Tahniah!😉










Untuk maklumat lanjut mengenai acara ni korang boleh ke 
atau 


Note : Restoran yang mengambil bahagian ada yang diiktiraf Halal Jakim dan juga Serve No Pork. 


5 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post