Lambchop Sedap Untuk Bukan Penggemar Kambing!? - Mia - Memories of Mine

Latest

Wednesday, November 8, 2017

Lambchop Sedap Untuk Bukan Penggemar Kambing!?

Assalamualaikum

Hi korang!

Lambchop untuk bukan yang suka makan daging kambing? Macam mana lah pula tu ??. Memang dah tak makan daging kambing buat apa lagi nak dioffer kan ... kan
Jangan bah gitu .. Kmia pun bukan suka makan daging kambing dan memang tak suka makan daging kambing. Bau ashem nya tu Kmia tak tahan .. huhu

Tapi bila nampak orang sebut-sebut dan makan lambchop macam nampak sedap dan menyelerakan. Teringinlah juga makan dan ada juga tumpang 'mengetest' bila hubby Kmia order menu tu. Kebanyakkannya memang masih berbau kuat. Ashemnya 😅
Ada beberapa tempat saja yang lambchopnya dapat diterima oleh bukan penggemar daging cam Kmia ni. Salah satunya adalah di Restoran Kambing Punya Pasal. Post mengenainya korang boleh baca DI SINI

Selain itu, Restoran Sri Keningau juga tidak kurang hebat. Yang tak makan kambing pun boleh jadi penggemar lambchop ni. Hari tu ada juga menerai makan tapi tak snap gambar pulak. Hubby dah lapar jadi dia malas nak layan blogger yang tak bertauliah ni. Asal makan ja ambik gambar kihkihkih.

Tapi lambchop yang satu ni, korang wajib cuba terutama yang tinggal di area KK ni 😋



Hah! Terliur kan .. terus tetiba craving nak makan lambchop kan 😂. Yang dekat-dekat dengan kawasan Inanam or Kolombong, korang pegi ja Giant Kolombong tu. Cari gerai Western Food di Food Court tempat tu. Satu gerai ja jual lambchop sedap giler ni. Kmia tak suka kambing tetiba berselera pula makan. Tinggal jauh dari area ni? Tak dapat Kmia tolong lah pulak. Mohon telan air liur jak 😂😂😂

Ok bai! 


9 comments:

  1. saya pengemar kambing yg tegar..hehehe..
    aduhai..yumyum...

    ReplyDelete
  2. Kmia, hargaaaa? Aduiii berliur sdah nii

    ReplyDelete
  3. ok bai ... terpaksa masak sendiri di rumah la ni kalau gini ..hehe.

    ReplyDelete
  4. Alahhhh camne ni? Banyak dah telan air liur ni. Tunggu Pak Jilap baliklah ajak dia makan western.
    OKje suka je kambing.... bau asyem ke apa ada hal hihi.... bedal aje. Tapi so far tak pernahlah lagi jumpa kambing yg kuat baunya.

    ReplyDelete
  5. Gv pun tak pernah makan lambchop daging sebab selalu beli lambchop ayam. Gambar kat atas nampak sedap sangat kak. huhu.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!