Assalamualaikum
Hai korang!
Apa hal pula mo marah betul sama kambing ni 😠. Katanya ni semua Kambing Punya Pasal!
Gara-gara kambing punya pasal aku tersukalah pula daging kambing. Upppss!
Sebenarnya nak cerita pasal satu restoran yang punya nama unik ni.
Restoran Kambing Punya Pasal ... unik kan nama restoran ni. Dari nama pun kita dah tahu menu utama di restoran ni tentu-tentulah daging kambing. Kambing black pepper, kambing masak madu, kambing masak halia, kambing masak sambal pedas, kambing kari, lamb chop ... pendek kata semua yang berkaitan dengan kambing ada kat restoran ni.
Dinding kat restoran ni dihiasi dengan hasil-hasil lukisan yang kreatif. Salah satunya yang ni lah, nampak sangat bertepatan dengan nama restoran.
Menu yang korang boleh order di restoran ni. Nampak kan semuanya berasaskan kambing. Kepada mereka yang bukan penggemar daging kambing -cam aku-, korang boleh je order ayam atau seafood sebagai pengganti daging kambing.
Malam tu kitaorang order Lamb Chop untuk Hubby, Nasi Goreng Kambing untuk Shumi, Nasi Goreng Telor untuk Shamzi dan Damia, dan Set Ayam Masak Lada Hitam untuk aku -bukan penggemar kambing, tak tahan bau ashem-.
Lamb Chop ... didatangkan dengan sos lada hitam dan juga sambal. Sambal dia mantap gila, pedas menyengat, rasa sekali pasti nak lagi. Aku memulanya sombong tak nak makan daging kambing. Konon test sikit lah ... sekali masuk mulut, terus test berkali-kali.
Sedap ko, tak ada pun bau ashemnya. Lembut je bila dikunyah. Nak-nak bila cicah sambal tu, pergghhh!
Nasi Goreng Kambing si Shumi. Ni pun aku ada test. Memang sedap. Senyum memanjang je Shumi sebab dia kan hantu kambing. Sangat sedap katanya.
Yang ni aku punya. Menu asal sebenarnya Set Kambing Masak Lada Hitam tapi aku gantikan dengan ayam. Kuah black pepper tu memang power, pedas gila. Nyesal pula tak order daging kambing. Mesti mantap rasa dia kan huhu.
Cerita punya cerita, mesti korang tertanya-tanya, di mana letaknya restoran ni? Sapa-sapa yang biasa lalu Jalan Tuaran yang ada ada roundabout patung kuda 3 ekor tu, restoran ni ada berdekatan dengan roundabout tu. Sebelah kiri ke kanan ? yang ni aku tak sure sebab hubby yang drive keta masa tu. Aku duduk santai cam mam besar je ... kihkihkih.
Kambing sedapppp! Echa pun dulu tak makan kambing. Tapi bila dah try duhh sedap pulak. Hihihi.
ReplyDeletewow
ReplyDeletewah ! bijak juga pniaga buat nama kedai mcm ni. salah satu daya penarik pelanggan mnerusi nama kan =)
ReplyDeleteAww, my husband is a fan of lamb. Kalau dia tahu ada restoran ni, pasti dia mahu pergi. I would love to bring him here too, but too far.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
alaaaaaa jauh nya... ingat kat KL..
ReplyDeletePadunyaa.. kena try ni kalau ada masa nanti.. memang saya suka makan kambing
ReplyDeletepatot la...
ReplyDeletegambo mia tayang kat entri ni menarik sgt.
jauh la plak. sabah nun.
wishlist patut pergi ni kak mia. harga pun boleh tahan berpatutan. tq share kak mia :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!