THE MEDIA SOSIAL AFFAIR 2017

Assalamualaikum
 
Hi korang!
 
THE MEDIA SOSIAL AFFAIR 2017 @ KK City 10/10/2017 | ini kisah throwback hari tu. Kmia peram jadi ikan masin baru sedap untuk dibaca .. gitu
 
Kisahnya Jabatan Penerangan Sabah telah menjemput beberapa Sabahan Blogger dan antaranya ialah owner blog ni hehe Kmia lah tu untuk turut sama dalam majlis THE MEDIA SOSIAL AFFAIR 2017 yang diadakan di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
Objektif utama majlis ni adalah untuk menyedarkan kepentingan media sosial terhadap kehidupan masyarakat kita sekarang, bagaimana ianya mampu mengubah individu itu sendiri, pro dan kontranya serta pemberitahuan tentang undang-undang tertentu bagi melindungi para pengguna media sosial.
 
 
 
Bersama dengan Sabahan Blogger Yatie hari tu.
 
 
 
Suasana majlis tersebut. Majlis dengan tema santai, ada persembahan busking dan yang menariknya ada cabutan bertuah. Tapi kan, Kmia bukan orang yang bertuah hari tu .. hehe
 
Majlis dimulakan dengan sesi taklimat daripada Tuan Irwan Ahmad Sabtu , Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Taklimat beliau lebih menyentuh kepada undang-undang yang telah digubal dan akta-akta bagi melindungi para pengguna media sosial. Kepada yang suka sangat nak share berita yang tak pasti shahih ke tidak, jangan main-main tau. Korang boleh didakwa kerana menyebarkan berita palsu. Dan banyak lagi sebenarnya, so sila gunakan segala media sosial yang ada dengan cara yang berhemat.
 
Sesi kedua pula, diteruskan dengan penampilan istimewa Mr Adam Shamil, selebriti Youtuber dari Sabahan. Dalam sesi ni, belia muda ni menceritakan sedikit sebanyak pengalamannya bagaimana dia boleh menjadi seorang Youtuber yang sangat berpengaruh dalam masa tak sampai setahun gitu.
Kepada sapa-sapa yang tak berapa mengenali selebriti media sosial ni, korang boleh je google Adam Shamil. Kmia tak berapa minat si Adam ni sebab muda, pangkat adik-adik je hahaha. Kmia lebih minat neneknya tu. Serius sempoi ja neneknya dalam video-video yang si Adam kongsikan.
 
Sesi terakhir pula, sesi perkongsian daripada Penganalisis Jenayah, Tuan Kamal Afandhi Hashim. Mustahil korang tak kenal beliau. Dalam tiga sesi ni, yang ini Kmia paling teruja. Rasanya tak cukup sejam. Sesi perkongsian tentang jenayah akibat daripada penyalahgunaan media sosial ni disampaikan dengan cara yang paling sempoi dan lawak oleh Tuan Kamal. Dalam sejam tu memang satu dewan ketawa jak. Semua lawak Tuan Kamal menjadi, sampaikan Kmia terpikir .. ni taklimat jenayah ke atau Maharaja Lawak Mega .. kihkihkih.
 
 
Selesai majlis sebelum mengisi perut yang sedang berkeroncong (terima kasih kat Jabatan Penerangan Sabah sebab sediakan bufet sarapan dan lunch hari tu) aktiviti wajib haruslah sesi foto-foto, selfie dan wefie.
 
Sekali lagi bergambar dengan Sabahan Blogger Yatie.
 

Yang ni pula dengan tukang lawak hari tu aka penganalisis jenayah Tuan Kamal Afandhi Hashim. Tu mulut dia sedang terbuka sebenarnya beliau sedang menyanyi, kitaorang terjah jak.
 

Wefie dengan si Adam Shamil. Sayang neneknya tak ikut, kalau tidak boleh wefie dengan neneknya tu. hehe
 
And last but not least .. thanks again Jabatan Penerangan Sabah sebab bagi ole-ole dan T-shirt free ni
 
 
Psstt ... berita tentang majlis ni masuk local paper 11/10/2017. Adalah juga muka Kmia terselit sama hehe. Yang ni kalau tak silap dari Borneo Post Tapi kan ... korang baca tajuknya tu. Agak kurang menyenangkan gitu. Harus dibanteras ni, tak boleh jadi.

 
 


4 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!


  1. wah makin pemos amos o si pemilik blog ni. hehe

    ReplyDelete
  2. throwback sangat kak mia. paling best Tuan Kamal Afandhi Hashim tu kan kak mia. ndak kering gusi ni. adoi. kalau boleh dipanjangkan lagi tu jam bah. hahaha.

    ReplyDelete
  3. wah..banyak bestnya program macam ni =)

    ReplyDelete
  4. Bagus ada program macam ni. banyak info senang nak hadam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post