PLAN KE KUALA LUMPUR BERSAMA FAMILY

Assalamualaikum
Hi korang!

Siapa kata kat KL takde tempat nak stay untuk bercuti atau nak manjakan diri berehat dari busy working days. Kmia memang workaholic tapi bila sampai timenya dengan duit yang Kmia simpan plus duit hubby hehe Kmia suka spend untuk menenangkan diri tak kira kat mana pun. Selalunya sekitar area Kota Kinabalu dan juga Kundasang. Bercuti di luar kawasan? Emmm Memang Kmia ada plan nak bercuti kat KL? Mesti ada kan antara korang yang camtu. So kat post ni Kmia nak kongsi tentang sebuah residence dipanggil Cozy Studio at Fraser Residence, Kuala Lumpur.

Cozy Studio ni betul-betul dekat dengan KLCC, so korang boleh datang ke hotel ni naik LRT or monorail or MRT. Memang sangat senang dari segi transport. Hotel ni sangat famous so diorang memang pentingkan servis diorang yang sangat berkualiti tu. Reception diorang operate 24 jam sehari so korang boleh minta tolong untuk apa-apa isu pada setiap masa. Jangan malu jangan segan kacau jer receptionist diorang untuk tolong setelkan masalah korang. Time nak check in seawal 5 pagi dan nak check out pada pukul 12 tengah hari.

Image from Google

Setiap bilik dia ada cable TV untuk korang layan show yang korang suka, meja, dapur untuk korang masak meggi, haha kot-kotlah malam korang lapar and malas nak turun tapi nak masak benda lain pun no problem. Siap ada microwave sekali untuk korang pakai. Ada shower dan heater untuk mandi air suam suam kuku. Bath tub pun ada untuk korang berendam selama sejam. Barulah dapat relax kan badan tak gitu? Tapi selalunya bath tub ni anak-anak Kmialah yang akan conquer.

Image from Google

Image from Google

Image from Google

Kalau korang datang sini takde kereta, korang boleh naik public transport. Kalau bawak kereta pun lagi bagus sebab ada parking yang disediakan. So dari segi transportation memang complete. Seperti biasa, hotel macam ni mesti ada wifi, business centre, meeting room untuk korang setelkan hal kerja korang. Dalam cuti boleh kerja, dalam bekerja boleh cuti. Itu konsep hotel di tengah bandar. Selain tu, untuk cari makanan pulak memang senang, sebab ada coffee house dan restoran. Takpun korang berjalan KLCC pun dah ada banyak restoran fast food. So mati kebulur tak makan impossible untuk berlaku and jangan jadikan alasan takde port nak makan. We are in Malaysia kan so food memang macam-macam jenis yang ada.
Banyak aktiviti yang korang boleh buat di Fraser Residence ni, sebab diorang ada facilities macam outdoor swimming pool. Sambil bercuti sambil berexercise untuk jaga kesihatan badan. Yelah dah langgar kaw-kaw masa breakfast kenalah bakar kalori pulak. Sesuai untuk family holiday jugak hotel ni. Security sini pun operate 24 jam so dapat jaga privasi korang. The konsep Fraser Residence ni sesuai untuk family yang dah lama tak bercuti sama-sama or untuk family yang besar supaya dapat bonding. The space sangat luas dan selesa. Memang awesome dah namanya pun cozy studio.

Image from Google
Selain itu diorang ada facilities untuk conference or meeting. Convenient juga untuk group stay atau corporate people yang nak bonding sesame colleague. Or buat annual meeting untuk present keuntungan syarikat. Sambil stress sambil merehatkan minda. Confirm korang boleh perform lepas stay kat hotel ni. And by group memang sesuai sebab bilik yang ada kebanyakkannya besar and sesuai untuk stay ramai. After the long day, boleh terjun ke swimming pool. Or untuk kaum hawa, ke KLCC la shopping atau window shopping.

Image from Google
Bayangkan bercuti di tengah bandar, dapat rehatkan minda dan fizikal, sambil kalau ada kerja urgent yang nak kena siap, korang boleh juga setelkan sekali. So apa yang korang tunggu lagi, book fraser residence kuala lumpur malaysia cepat-cepat Mana tau lah rezeki korang boleh dapat promotion atau best deal untuk bercuti di tengah-tengah KL. Bila lagi kita nak support industry hotel di negara kita betul tak? Start kumpul duit sekarang, surf Traveloka, click sana dan sini, buat payment dan enjoy. The experience will be worth it. Kmia guarantee korang takkan menyesal.




6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Rasanya mesti mahal harga bilik dia ni Mia. Yelah standardlah dengan bilik dan fasiliti hotel ni....Tapi convenient sangat location dia tu kan.

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat yang boleh dikunjungi di Kuala Lumpur ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post