Apa Yang Korang Boleh Dapat Di Tamu Gaya Street Kota Kinabalu

Assalamualaikum

Hi Korang!

Tamu Gaya Street Kota Kinabalu | sangat sinonim dengan orang-orang yang tinggal di area KK. Bukan sahaja dikunjungi oleh orang-orang tempatan malahan menjadi salah satu daya tarikan para pelancong tempatan mahu pun luar negara.
Apa tidaknya ... tamu yang bermula seawal jam 6.00 pagi pada setiap hari ahad ni, menawarkan pelbagai barangan, sayur-sayuran, kuih muih tempatan, kerepek, buah-buahan tempatan, pakaian, kasut, anak pokok, biji benih, pokok bunga pelbagai jenis, hasil kraftangan orang-orang Sabah dan banyak lagi .. payah nak menyebut, lebih baik korang round sendiri.

Kmia dah beberapa kali round tamu ni, dan kali ni berkesempatan snap beberapa foto untuk dikongsi bersama. Korang tau tak, memang best round tamu Gaya Street ni, banyak barang boleh dicari dan yang paling siok, korang boleh beli dengan harga yang murah.  



3 beradiks .. hujan renyai tak peduli. kita redah jak

Ok jom kita cuci mata, apa benda yang korang boleh beli di Tamu Gaya Street ni ... ni sebenarnya baru sedikit Kmia snap ...

Pelbagai jenis minuman .. ada banyak gerai yang menjual minuman seperti ini. Percaya atau tidak, benda ni lah yang paling laku orang suka beli .. bila ko dah berjalan ulang alik meredah tamu, tentu-tentulah tekak cepat terasa haus.


Pelbagai jenis ikan masin @ ikan kering, udang kering dan juga ikan bilis.


Kuih nona manis dan juga apam comel. Ni kalau Damia nampak memang dipaksanya beli. Bukan sebab suka makan tapi nampak sangat comel .. ceh.



Tapai manis dan Jalurut .. sebelum korang tanya apa tu jalurut .. Kmia bagitahu. Ianya sejenis kuih tradisional orang Brunei. Diperbuat daripada tepung beras dan juga santan kelapa. Macam mana rasa ni, sorry Kmia tak dapat explain sebab tak pernah makan lagi hehe.


Pelbagai sayur hasil dari pekebun kecil yang datang sendiri menjual hasil tanaman mereka.

Limau Manis, Limau Kapas @ Limau Nipis dan juga buah Kedondong.


Ni pula, peralatan untuk mereka yang suka mengunyah sirih .. so kalau kehabisan stok senang sahaja nak cari, pegi jak ke Tamu Gaya Street. Lengkap gitu bahan-bahannya. Ada Daun Sirih, ada Tembakau @ Sigup, Rokok Kirai, Kapur dan juga Buah Pinang.


Sayur yang jarang-jarang kita nampak dijual. Ada jak di tamu ni. Ni kalau masak lemak campur ikan masin ni ...pergghh! bertambah-tambah nasi ko.


Buah Betik manis dan sangat murah ko .. hari tu Kmia beli 3 biji cuma RM6.00 Dia tak timbang-timbang lagi gitu. Puas Kmia anak beranak makan betik.


Ni kudapan ketika minum nescafe panas sambil menonton tv. Sedap tau kacang rebus ni, tak rugi beli. Dahlah banyak, kacang dia gemuk2 gitu .. lemak2 rasanya.


Pakaian juga banyak dijual di tamu ni. Tapi Kmia kalau ke tamu memang tak singgah gerai-gerai pakaian ni, lebih suka berkunjung ke gerai sayur dan buah serta makanan.


Pelbagai jenis Kocong. Kat tamu ni korang boleh Kocong yang dibuat oleh bumiputra muslim so tak lah was-was memakannya.


Ada banyak lagi gerai sebenarnya tapi tak laratlah pula Kmia nak snap satu-satu. So korang kalau berkesempatan ke Kota Kinabalu, jangan lupa berkunjung ke Tamu Gaya Street ni tau. Confirm korang puas hati!
 


6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. aduih... sedap tengok kuih nona manis dan kuih muih... rasa nk pergi terus... hehe

    ReplyDelete
  2. wah bestnya.teringin sangat nak jejak kaki ke sana tp masih belum bpeluang.nice sharing.jom jemput singgah blog saya

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaaaaaaaaa sedapnya jalurut tu..kuih fav..kat Swk dia panggil kuih Celorot. Kecik dulu2 selalu jual mak buat... jual tp sambil menjual, sambil makan..mana la nak unmtungggg :p

    ReplyDelete
  4. Bertahun suda sy nda ke sana taw kak mia..

    ReplyDelete
  5. Macam pasar malam, pasar tanilah ni ye Mia kurang lebih. Kat belah mana pulaklah locationnya ni Mia. Dulu tak jumpa pun masa okje ke KK.
    Kocong tu apa? Kacang ke Nasi ? Okje suka jak tengok tengok barang macam macam cenggini. Best..

    ReplyDelete
  6. disnilah sha beli kucing comel2..murah2 brgan nya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post