GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN akan bermula

Assalamualaikum

Hi korang!

Image from Google


Yang follow blog ni (ada kah yang follow 😅) tentu dah tau yang usia blog ni telah menjangkau 10 tahun (sila jangan kira umur puan blog 😆).
Kmia mula berblog pada tahun 2007 tapi belum serius gitu. Kira macam diari online. Ni pun disebabkan pengaruh rakan-rakan sebaya masa tu ... Nancy, Kay Masingan dan juga Uzoi. Semua rakan-rakan secourse mate semasa belajar. 
Tapi 2 3 tahun kemudian, rakan-rakan Kmia senyap dan tak aktif berblog. Kmia pun rasa cam best terus sama-sama mendiamkan diri.

Tapi kan macam mana tetiba Kmia teraktif balik berblog tahun 2013 tu. Masa tu memang rajin gila mengupdate tiap-tiap hari gitu. Setiap hari mesti ada post yang di up. Tambah bersemangat bila bertambah follower dan bila ada ramai tinggalkan komen di post Kmia. 
Time ni rajin tau Kmia ikut Giveaway, contest dan review. 
Nuffnang pula adalah tercash out dua kali. 😊 

Tahun 2013 hingga 2015 memang kira zaman blog ni sangat bersemangat. Masuk tahun 2016, dah reda sikit tapi tetap post entri baru walaupun bukan setiap hari. Rakan-rakan blog waktu zaman semangat berkobar2 tu ada yang telah sepi tanpa berita. Rindu nak baca Blog Monster Glider, Blog Ummu Aidan dari Kepulauan Fiji tu dan juga Blog berilmu Kak Zakie. Kat mana agaknya dorang sekarang ye. 
Tapi ada juga yang masih kekal utuh hingga sekarang seperti Blog HainomOkje tu. Kmia suka sangat baca celoteh Mak Jilap tentang anak2nya dan Pak Jilapnya. Dan tak sangka persahabatan di alam maya ni bertukar menjadi realiti bilamana Kmia berpeluang berjumpa dengan HainomOkje pada 26 Sept yang lalu. Korang boleh baca kisah pertemuan itu di Di Sini ..

Url blog ni pula korang memang dah tahu baru sahaja di tukar ke miakassim dot com yang sebelum ini shumie-dz.blogspot.com
Dah lama sangat berblog, nak juga merasa url dot com gitu. 
Dan sepanjang 10 tahun berblog ni Kmia tak pernah anjurkan Giveaway atau segmen sendiri. 
Maka dengan itu .. cewah .. dengan rasa rendah dirinya 🙊 Miakassim Dot Com ingin menganjurkan simple giveaway sempena usia blog 10 tahun. 

  • Tarikh mula giveaway adalah pada 31hb Oktober 2017.
  • Akan berlangsung selama sebulan.
  • Akan ada hadiah menarik untuk peserta ... hadiah utama korang boleh menang cash $$$
  • Syarat penyertaan yang sangat simple, tak ada paksaan untuk follow like ke apa. 
  • 2 kategori .. Blog Post dan juga Facebook Share. 

Simple kan. Kmia tak mau susahkan korang sebab ini kiranya sebagai penghargaan untuk korang yang selalu berkunjung di blog ini.

So stay tune dan jangan lupa share dengan yang lain.





10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. wahhh!dah 10tahun!!In syaa Allah nanti gee join ga dari mia..

    ReplyDelete
  2. Ok, menunggu la ni tarikh giveaway..

    ReplyDelete
  3. Nak join la.. Harap² tiada gangguan la nanti

    ReplyDelete
  4. nak join sama! kena alert dengan blog kakmia la ni :D

    ReplyDelete
  5. Salam.. wow 10 years! Congrats kmia. I want ikut bah kot kot dapat hadiah yehaaa ok will wait 31 october!

    ReplyDelete
  6. Tahniah Mia ..... Insyaallah nanti OKje join
    Yelah kan kemana hilangnya mereka tu, hilang tanpa khabar berita. Terkilan jugak tak dapat berita dpd mereka semua tu. Moga mereka baik baik saja hendaknya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post