Assalamualaikum
Hi korang. Salam 9 Ramadan.
SHOPPING !! kata orang shopping dan wanita tak boleh dipisahkan. Betul ke? Secara generalnya ya, memang tak dinafikan perempuan lebih tertarik kepada aktiviti membeli belah berbanding lelaki.
Di mana ada sales di situ ada wanita .. gitu hehe
Tapi kan tak semua juga perempuan kaki shopping, cam Kmia lah -percaya ke tidak-
Image Source : purplelynx.com |
Kmia nak tanya ni, masa bila korang selalu pegi shopping ? Hari-hari ke, setiap hujung minggu ke, atau pantang ada sales terus terjah. Takut kehabisan stok gitu.
Mengikut hasil kajian Kmia ... kuikuikui hasil kajian lah konon, perempuan akan shopping pada masa-masa berikut. Tapi sebelum korang baca, adalah ditegaskan bahawa 'hasil kajian' ni tidak boleh dijadikan sebagai sumber statistik mana-mana projek atau tesis korang, ada faham. Ini adalah semata-mata pandangan peribadi Kmia sendiri 😅😜
BILA ADA SALES DAN JUALAN MURAH!
Opkoslah bah .. kalau ada jualan murah, jangan bilang kaum hawa saja yang tergoda, kaum adam pun gitu kan. Time ni lah korang akan beli benda yang telah lama korang idamkan pada harga yang murah.
TIME DAPAT BONUS
Yang ni sangat dinantikan bagi mereka yang bergaji tetap dan punya majikan murah hati. Dapat duit extra dari gaji bulanan tu, tentulah ada bahagian yang digunakan untuk shopping.
TENGAH STRESS!
Katanya shopping pengubat stress. Shopping benda-benda yang korang suka tentu-tentulah hilangkan tekanan sekejap. Tapi rasanya stress hilang sekejap ja, setelah check baki akaun balik 2x ganda pula stressnya 😂
MUSIM PERAYAAN
Waktu-waktu ginilah sales gila-gila keluar. Semakin dekat dengan hari perayaan, semakin galak peniaga turunkan harga dan semakin sempit pusat-pusat membeli belah. Dan pada masa yang sama wallet semakin longgar uppss!
Tapi yang ni apa yang Kmia nampaklah, pandangan yang lain korang boleh baca 《Waktu Sesuai Untuk Shopping! 》
Ok bai.

saya jarang shopping, kecuali kalau stress. huhu
ReplyDeleteEntahlah baru terfikir bila masanya saya shopping. Semua yang di atas tu saya amalkan. Lagi stress tengok bank balance, lagi nak shopping. Pitam memanjang kalau dengar perkataan shopping nih!
ReplyDeleteAduh Mia....hakak ni kalau nak tunggu bonus baru boleh shopping nampaknya tak boleh sampai bila bilalah nampaknya haha...
ReplyDeleteDah beli baju Raya ke belum?
Seram pulak weyh takut tak sempat soping. Tak cari apa lagi ni
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!