Skip to main content

Kambing punya pasal ??

Assalamualaikum

Hai korang!
Apa hal pula mo marah betul sama kambing ni 😠. Katanya ni semua Kambing Punya Pasal!
Gara-gara kambing punya pasal aku tersukalah pula daging kambing. Upppss!
Sebenarnya nak cerita pasal satu restoran yang punya nama unik ni.  



Restoran Kambing Punya Pasal ... unik kan nama restoran ni. Dari nama pun kita dah tahu menu utama di restoran ni tentu-tentulah daging kambing. Kambing black pepper, kambing masak madu, kambing masak halia, kambing masak sambal pedas, kambing kari, lamb chop ... pendek kata semua yang berkaitan dengan kambing ada kat restoran ni. 



Dinding kat restoran ni dihiasi dengan hasil-hasil lukisan yang kreatif. Salah satunya yang ni lah, nampak sangat bertepatan dengan nama restoran.



Menu yang korang boleh order di restoran ni. Nampak kan semuanya berasaskan kambing. Kepada mereka yang bukan penggemar daging kambing -cam aku-, korang boleh je order ayam atau seafood sebagai pengganti daging kambing.
Malam tu kitaorang order Lamb Chop untuk Hubby, Nasi Goreng Kambing untuk Shumi, Nasi Goreng Telor untuk Shamzi dan Damia, dan Set Ayam Masak Lada Hitam untuk aku -bukan penggemar kambing, tak tahan bau ashem-.




Lamb Chop ... didatangkan dengan sos lada hitam dan juga sambal. Sambal dia mantap gila, pedas menyengat, rasa sekali pasti nak lagi. Aku memulanya sombong tak nak makan daging kambing. Konon test sikit lah ... sekali masuk mulut, terus test berkali-kali.
Sedap ko, tak ada pun bau ashemnya. Lembut je bila dikunyah. Nak-nak bila cicah sambal tu, pergghhh!




Nasi Goreng Kambing si Shumi. Ni pun aku ada test. Memang sedap. Senyum memanjang je Shumi sebab dia kan hantu kambing. Sangat sedap katanya.




Yang ni aku punya. Menu asal sebenarnya Set Kambing Masak Lada Hitam tapi aku gantikan dengan ayam. Kuah black pepper tu memang power, pedas gila. Nyesal pula tak order daging kambing. Mesti mantap rasa dia kan huhu.

Cerita punya cerita, mesti korang tertanya-tanya, di mana letaknya restoran ni? Sapa-sapa yang biasa lalu Jalan Tuaran yang ada ada roundabout patung kuda 3 ekor tu, restoran ni ada berdekatan dengan roundabout tu. Sebelah kiri ke kanan ? yang ni aku tak sure sebab hubby yang drive keta masa tu. Aku duduk santai cam mam besar je ... kihkihkih.









Comments

  1. Kambing sedapppp! Echa pun dulu tak makan kambing. Tapi bila dah try duhh sedap pulak. Hihihi.

    ReplyDelete
  2. wah ! bijak juga pniaga buat nama kedai mcm ni. salah satu daya penarik pelanggan mnerusi nama kan =)

    ReplyDelete
  3. Aww, my husband is a fan of lamb. Kalau dia tahu ada restoran ni, pasti dia mahu pergi. I would love to bring him here too, but too far.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. alaaaaaa jauh nya... ingat kat KL..

    ReplyDelete
  5. Padunyaa.. kena try ni kalau ada masa nanti.. memang saya suka makan kambing

    ReplyDelete
  6. patot la...
    gambo mia tayang kat entri ni menarik sgt.
    jauh la plak. sabah nun.

    ReplyDelete
  7. wishlist patut pergi ni kak mia. harga pun boleh tahan berpatutan. tq share kak mia :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a