Apa Yang Mak-Mak Fikirkan Sebelum Tidur ?

Assalamualaikum

Hai Korang ! Salam 1 Ramadan.

Wanita lebih banyak berfikir ?? emmm mungkinlah. Ini ikut pengalaman Kmia sendiri lah. Perempuan ni kalau korang nampak diam sahaja walaupun ada sesetengah yang mulut kepoh cam joyah! Kmia tak tergolong ye hehe Ya memang mostly perempuan bila buat kerja ke apa ke, diam je, khusyuk semacam je, nampak tenang je TAPI dalam hati siapa yang tahu. Di luar tenang tapi dalam hati sedang gundah gulana .. cewah!
Banyak benda yang sedang difikirkan.

Bukannya banyak masalah tapi memang sifat azali perempuan tu sendiri. Lagi-lagi yang dah berumahtangga dan beranak pinak cam Kmia ni. Mak-mak di luar sana tentu setuju kan.
Mak-mak ni celik mata je, terus terfikir hari ni anak-anak nak breakfast apa? .. pegi sekolah nak bawa bekal ke tidak? Kalau bawa bekal, nak bekalkan apa?
Suami pula nak breakfast kat rumah ke tidak? Suami nak pakai baju kerja yang mana satu?
Kalau mak-mak yang berkerja, fikir lagi, hari ni mo pakai baju apa? tudung yang mana satu? tudung bawal ke atau yang sarung terus? Mana satu sandal nak guna ni? Handbag nak guna mana satu? hah yang ni kalau mak-mak tu terlalu banyak koleksi handbag, Kmia punya handbag selagi tak rosak, selagi tak koyak, itulah yang dibawa ke hulu ke hilir kihkihkih.

Itu kalau yang berkerja, kalau yang suri rumah sepenuh masa, lepas hantar anak-anak ke sekolah terus terpikir hari ni masak apa untuk makan tengahari? kalau masak ni, bahan-bahan cukup ke? sempat ke nak ni kalau nak ke pasar ke supermarket? Kain baju semalam dah jemur ke?
Baju dah iron ke? Bila dah siap masak tengahari ... terus termenung, nak makan apa minum petang ni? Malam nanti nak masak apa untuk anak-anak dan suami?
Bla Bla Bla .. banyak sangat mak-mak punya pikiran ni, penat Kmia mo tulis hehe

Dia tak stop situ je, sebelum tidur sempat lagi mak-mak ni berfikir, esok nak buat apa?? padahal dah tau pun rutin hariannya tapi tetap nak pikirkan juga ... hehe
Atau mungkin ada yang kita tak tahu kan apa yang mak-mak lain fikirkan. Mungkin ada yang sedang fikirkan  APA YANG MAK-MAK FIKIRKAN SEBELUM TIDUR ini .. emmm




Image from Google





Note : Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, mula dari hari ni dah tak bahasakan diri sebagai 'aku'. Panggil je Kmia ... singkatan untuk Kak Mia hehe. Ok bai!






8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Selamat berpuasa Mia..
    Macam-macamlah perlu difikirkan semuanya perancang untuk family..
    Fikir tentang diri sendiri bila ada masalah.. :-)

    ReplyDelete
  2. itulah mak-mak mithali kan..mcm2 diaorg fikir pasal anak, pasal suami, pasal family, pasal diri sendiri..hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa Mia ..
    Haha, samalh kita, byk sgt nak difikirkan, padahal rutin sama saja...

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa kmia ;)
    Yatie pun macam kmia juga even belum ada anak. Setiap hari kena banyak fikir. Hairan juga kan. Hehe

    ReplyDelete
  5. Begitu la kmia, lgi2 surirumah ni byk benda nak fikir..padahal itu2 jak d buat rutin hihi...slmt brpuasa kmia

    ReplyDelete
  6. selamat berpuasa mia, nak panggil kak takut saya pulak yang tua hehehe

    mak-mak ni memang cenggitulah kan, banyak sangat yang nak difikirkannya, paling stress kalau fikir apa nak masak? huhuhu...memang stress rasa

    ReplyDelete
  7. Hehehe..kan sentiasa ada list dalam kepala tak kira waktu kita ni mak mak ;)

    ReplyDelete
  8. Betul sangatlah apa yg awak tulis tu. Mak mak ni selalunya banyak fikir pasal rumahlah kot. Nak masak apa, nak masak apa?....sudah belilah senang hihi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post