Assalamualaikum
Mesti ada yang pernah mengeluh camni kan. Lagi-lagi yang sumber pendapatannya bergantung kepada gaji bulanan macam aku ni.
Rutin 25hb setiap bulan, mesti dah tersenarai segala budget mudget, hutang piutang yang nak disettlekan. Belum lagi belanja dapur, duit minyak, duit belanja sekolah ... bla bla bla
emm serba serbi nak pakai duit. Kadang-kadang duit untuk 'reward' diri sendiri pun tak ada.
Tolak segala perbelanjaan, adalah tinggal seratus dua untuk kegunaan selama 3 minggu. Kadang-kadang tengah bulan dah 'terpeleot'. huhu
Sekarang ni nak harap gaji semata-mata memang tidak cukup.
Sebab tu trend sekarang ni, ramai yang dah mencari peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Berniaga secara kecil-kecilan, jual kuih muih dihujung minggu .. itu memang dah ramai orang lakukan. Hasilnya memang memuaskan, tinggal lagi kena rajin dan kuat semangat sebab jika dah berniaga sambil bekerja ni, rehat memanglah tidak cukup.
Aku sebenarnya memang mencuba untuk berniaga dulu, jual air minuman seringgit segelas tu. Hasilnya sangat-sangat mabeles! dalam 2 jam ja dah dapat RM400 lebih, modal tak sampai pun RM50. Tapi kan seperti yang aku tegaskan tadi tinggal korang rajin dan tahan lasak.
Selain daripada berniaga, ada juga yang join MLM (tapi yang ni aku tak berapa gemar sebab korang kena rajin cari orang di bawah dan kena beli barang) huhu
Ada yang buat dropship ; yang ni senang sikit sebab korang tak payah cari orang, tak payah nak beli barang, korang tolong promote ja dan bila dah dapat jual, korang akan dapat komisennya.
Satu lagi ... nak jana pendapatan secara santai ... korang jadilah blogger cam aku *tutup muka sebab malu mengaku blogger* ... Korang jangan tak tahu, sekarang jadi blogger boleh tambah pendapatan korang tau. Bukan dapat duit je, dapat barang percuma, dapat makan percuma, tinggal hotel percuma, travel percuma .... best kan ??? Tapi sekali lagi aku tegaskan poin yang penting adalah RAJIN ....
Cam aku ni suam suam kuku je lah, setakat ni adalah sikit merasa tempias2 jadi blogger. Nak merajinkan diri, masa yang selalu tak ada. Komitmen banyak hehe
Banyak lagi sebenarnya cara korang boleh dapatkan sumber pendapatan sampingan ni. Yang lain tu rasanya korang boleh baca kat TIPS UNTUK DAPATKAN PENDAPATAN LEBIH
Orang kata nak seribu daya ... tak hendak seribu dalih gitu 😁
kena usaha cari pendapatan lebih semasa kemelesetan ekonomi ini.
ReplyDeleteassalamualaikum mia...yer betul tu...skg ni mmg kena rajin nak buat sesuatu tu...kalau harapkan duit gaji mg x cukup jer...berniaga adalah salah satu cara yg cpt tapi penat sikit la kn...apa2 pun niat nak tambah income tu yg pentingnya..apa2 saja asal yg halal...
ReplyDeleteBanyak cara nak buat side income. Nak dengan tak jer.
ReplyDeletetq for the tips ;)
ReplyDeletememang nak carik side income nie
Great tips kak..biase la hidup kat bandar..15hb ke atas je dah semput nyawa
ReplyDeleteTip yg mana yg awak ikut?
ReplyDeleteSemua tip di atas tu baik. Lebih elok kalau awak beri tip untuk ubah minda. Bila minda membangun semuanya bangun,
ReplyDeleteBetul tu. Yang penting work hard utk jadi lebih berjaya :)
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!