Skip to main content

Tak ada bunga api tak raya dorang

Assalamualaikum

Salam raya ke-13

Anak-anak aku seminggu sebelum raya dah sibuk ingatkan aku beli bunga api. Damia pula sibuk ingatkan aku beli mercun pop pop tu. Mercun pop pop yang bungkusan kecik2 warna putih tu. Bila dihumban ke lantai ada letupan kecil pop! .. 
Dah itu sahaja yang diluluskan oleh kementerian untuk dijual .. itu sajalah yang boleh dorang main. 

Aku sebenarnya dah banyak kali pesan dengan anak-anak jangan sesekali main mercun. Kang ada yang putus jari putus tangan korang mau ke, tak boleh sambung balik tau .. ngeri anak-anak aku dengar. 

Tapi tak berapa nak best bila tak ada bunyi2 letup tu kan .. hehe so belikan aja mercun pop pop harga 80 sen sekotak tu. 
Hari tu singgah kedai runcit nampak pula bunga api. Beli 20 batang, bagi anak2 main tapi di bawah pengawasan baba ..




Tengo tu bukan main seronok dorang. Ni main malam raya ke 2. Sepupu sepapat belum sampai lagi .. kakak dan adik tahun ni masing2 beraya di rumah mertua dorang .. so raya ketiga baru balik ke kampung. 


Note : dulu2 tak berpeluang main bunga api .. mahal katanya tak mampu. Tapi dulu-dulu kita orang main meriam buluh. Bergema ko satu kampung. Tengo bedilan sapa yang paling kuat. Meriahnya 😁

Comments

  1. Keluarga kakak tahun ini tak ada bunga api apa lagi mercun semua tak ada Mia
    Anak-anak memang suka tapi yg dewasa dah malas nak menjaga jadi tak beli:)

    ReplyDelete
  2. Kite pon tahun ni raya kasi anak2 main bunga api puas2 dgn mercun pop tu.. Tahun lepas dorg takut, hehe~

    ReplyDelete
  3. kat rumah akak tak pernah beli bunga api Mia...biasanya kalau ada pun pakcik dorang yang datang bermalam kat rumah ni yang bawa.Tahun ni lagi lah tak de langsung tapi anak bongsu akak si Iman tumpang seronok bila lihat di kejiranan kami banyak yang main bunga api yang besar2 tu ...tengok dari depan rumah je...dengan makayah juga tumpang teruja .

    ReplyDelete
  4. lepas tu main lawan2 bunyi meriam buluh sapa yang paling kuat...lepas tu balik rumah kena marah kaw2 walaupun bukannya main pun, takat jadi penonton je :p

    #ohseronoknya

    ReplyDelete
  5. Sapa yang jenis melatah.. Mau penat setiap kali dengar bommm! :p

    ReplyDelete
  6. Anak kami takde peluang main bunga api.

    ReplyDelete
  7. Sama lah ngan anak2 aku. Sibuk soh beli bunga api.

    ReplyDelete
  8. Sama la anak sy Afia..sibuk nak mercun popop..beli berkotak2 kli tak simpan sepuluh kotak pun sekali je habis main..bukan di lempar satu2 sekali byk mana tak habis.hehe..

    Bunga api pun abah depa layankan beli juga..klu sy tak kiasa bakar duit.hehe tp disnilah kemeriahan raya buat anak2..zaman kita kecik2 dulu lg meriah kan dengan bunga api ni

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya Mia. O-O! Sy teda beli bunga api pun. Kesian pula anak2. Dpt 2-3 btg dari kazen dorg ja. Next year la.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Teringat dulu masa kecik kalau abg ipar balik dari KL mesti bawak mercun. Mercun yg keluar kaler kaler tu.... suka sangat. Kalau bulan Ramadhan kat kampung mmg manjang terkejut terkejut je lah kerjanya. Org main Meriam buluh. Mcm perang

    ReplyDelete
  11. Anak-anak saya pun cuma dapat kebenaran main bunga api (yang besi tu tak boleh main) dan mercun pop pop aje. Itu pun di bawah pengawasan Mommy atau Daddynya. Di bawah pengawasan orang lain pun tak boleh ^_^

    Saya kecil-kecil dulu dok kampung puas dah main bunga api dan mercun segala bagai. Nasib baik cukup lagi kaki tangan sampai sekarang!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Oriental Treasures, A Mid-Autumn Delicacy

Hilton hotels in Malaysia launched its national mooncake series, Oriental Treasures, with an enticing array of traditional baked varieties of classic and modern flavours - a celebration of culinary craftsmanship, fine quality and exquisite flavours. To top it as a festive centrepiece, this year’s national mooncake box design pays homage to the core of Chinese heritage.  Embellished in imperial red, the premium square box features a noble pair of red-crowned cranes amongst sacred clouds. Characteristically celestial, the golden full moon illuminates the scene, much like the celebrated baked mooncakes during Mid-Autumn festivities. The ornate die-cut window pane, inspired by the moon windows of Oriental architecture, offers a peek to the individual matte-finishing gold and red receptacles housing its respective mooncakes. As reunions and rituals take a different form this year, the mooncakes serve as a reminder to go back to basics. Eugene Oelofse, National Marketing Communications Direc