Perhatian kepada SAR

Assalamualaikum


Kakak hari tu muncul di surat khabar. Kakak di pagi hari bertugas sebagai guru di tabika Kemas .. manakala di waktu petang mengajar sekaligus memegang tugas sebagai guru besar di Sekolah Agama Rakyat di salah sebuah kampung berhampiran tempat tinggalnya.

Sekolah agama ni dahulunya memang terlihat sangat uzur, bangunannya tinggal tunggu rebah ke bumi. Kasihan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah agama ni. 
Kakak mengambil inisiatif dengan memohon bantuan pihak Muis (Majlis Ugama Islam Sabah) dan alhamdulillah ... sekarang anak-anak boleh belajar dengan selesa di bangunan yang telah dibaik pulih. 
Baru2 ni, semasa sambutan hari raya, sekolah agama tempat kakak mengajar sekali lagi mendapat bantuan .. syukur alhamdulillah.


5 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Ada rasa lega dan suka bila ini yg dipaparkan Mia
    Kakak doakan semoga sekolah ini terus mendapat tempat di hari ramai.

    ReplyDelete
  2. Salam Syawal Mia & family...
    memang seharusnya SAR dpt bantuan dan di baik pulih bah...byk sgt SAR yg daif keadaannya.. di LD ni pun sama... tahniah pada kakak Mia.. moga trs sukses... :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah usaha kakak tak sia2..moga anak2 dapat belajar dengan lebih selesa dan terus membuka mata manusia untuk membantu

    ReplyDelete
  4. Saham akhirat kakak tu Mia.... Jariah yg berkekalan.
    Adik kakak sure seronokkan sebab dapat tumpang glemer jugak. Kakak masuk surat khabar weyh hihi

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, dapat juga bantuan. Tak patut kalau dipinggirkan aje sekolah agama macam ni. Ilmunya tu lagi tinggi berbanding dengan sekolah sekular aje.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post