Undangan Majlis Berbuka Puasa

Assalamualaikum

Salam jumaat.

Dah puasa ke-5 hari ni kan. Tak sedar sangat masa berlalu begitu ja. Anak-anak aku, Shumi dan Shamzi dah berjaya puasa penuh untuk 5 hari. Mungkin sebab sekarang ni cuti sekolah so tak banyak tenaga yang mereka gunakan. Cuma duduk kat rumah ja.

Hujung minggu ni tentu korang ada menerima undangan berbuka puasa kan, tak kisah dari sedara mara ke, rakan-rakan ke ataupun majlis berbuka puasa yang rasmi tu. 
Best sebenarnya berbuka puasa beramai-ramai ni, meriah. Nak-nak lagi jika lama tak berjumpa. Kat majlis macam ni lah kita mengukuhkan lagi ikatan silaturahim sesama kita. 

Kalau di majlis-majlis berbuka puasa yang rasmi tu pula, tentu-tentu banyak aktiviti yang boleh dimanfaatkan. 

Dan satu lagi yang best, korang tak payah fikir menu apa yang hendak dibuat untuk berbuka puasa hari tu, semuanya dah sedia terhidang gitu .... (^_^)

Minggu ni aku dapat dua undangan untuk berbuka puasa ... satu daripada eQurban ... Majlis Iftar Denaihati Network, Adi Putra, 3Qurban & Jopana bersama Blogger 2016.
dan satu lagi undangan ke Majlis Perasmian Iftar@KL 2016 dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 







Hajat dihati tu memang teringin untuk memenuhi undangan tersebut, akan tetapi lokasi majlis tu sangatlah jauh di seberang laut ... hehe aku kan duduk kat Sabah
Dua-dua majlis pun bertempat di Kuala Lumpur. 

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang mengundang. In sha Allah jika ada undangan lagi dan berada di kawasan aku ni, aku akan penuhi undangan itu ... (^_^)





11 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. samalah..kita pun ada dapat undangan. tapi tak dapat nak penuhkan lah sebabnya luar dari jb

    ReplyDelete
  2. Bila dpat jemputan begini teringin mo pigi..tapi tulah jauh bah...hehe..
    Salam Ramadhan Mia..ank-anak puasa sdh semua kah?? si comel Damia tu? hihik

    ReplyDelete
  3. Nan hadoooo....
    Hujung minggu ni confirm berbuka bersama bonda mertua pulak Mia oiii.... Sebab minggu lepas dah buka kat kg. Mak ingat nak mintak Pak Jilapah beli Nasi Arab jer bawak ke sanalah, sebab mak malas masak hahah.... bijak tak mak Mia hihi...

    ReplyDelete
  4. Yelah Mia takkanlah nak ke KL semata-mata kerana utk berbuka puasa pulak:)
    Berbuka dgn family lagi best.

    ReplyDelete
  5. Pergh ~ boleh tahan undangan.. hehe.. sampai ke seberang..

    Kalau saya, gerimis jak mengundang.. T_T

    Kusangkakan.. panas berpanjangan..
    Rupanya gerimis, rupanya gerimis..
    Mengundang.. ang ang ang ang..

    Eh.. ternyanyi pula.. siou aah.. hehe

    ReplyDelete
  6. Bila ada anak kecik ni, rasa malas nak joint event dah. Dpt gak yg equrban tu.

    ReplyDelete
  7. Dah bagus sungguh dapat dua undangan. Malangnya jauh di seberang pulak. Takpalah takda rezeki. Kita main masak-masak di rumah ajelah yerk ^_^

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa dari kaknoor Mia
    sabo jelah tkdpt memenuhi undangan
    sama macam kaknor miss banyak undangan jugak ni

    ReplyDelete
  9. rezeki Ramadhan ....tapi jauh tu...nak berbuka kena ke semenajung...hihii.

    ReplyDelete
  10. seronok mendapat undangan, tapi jauh pulakkan, tak apalah mungkin ada undangan yang dekat pula nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post