Jaga Mulut, Jaga Mata, Jaga Telinga - Mia - Memories of Mine

Latest

Thursday, June 9, 2016

Jaga Mulut, Jaga Mata, Jaga Telinga

Assalamualaikum

Salam khamis, ramadan ke-4 hari ni 

Hari ni aku mula kerja balik setelah bercuti selama 5 hari. Lemau ja rasa, ni lah kalau terlampau ambil banyak cuti. Bila aku bagitau Damia semalam esok Umi pegi keja, Damia duduk diam-diam di rumah dengan Baba, dia tak bagi. Tak payah pegi keja katanya. Damia dah best sangat bila Uminya setiap hari ada di rumah. Huhu

Korang puasa camna ... mestilah ok kan, semua berjalan lancar. Dah usia-usia cam kita ni, tak kan masih ada masalah dengan puasa. Lainlah umur cam anak-anak kita tu. Tapi alhamdulillah, Shumi dan Shamzi dah 3 hari berpuasa penuh. Walaupun banyak cabaran katanya. Shamzi pukul 8 dah jenguk esbok. huhu
Damia emmm belum boleh lagi rasanya, bangun tidur ja dah minta buatkan susu. Katanya minum susu banyak2 supaya dia cepat tinggi (terpengaruh dengan iklanlah ni)

Korang puasa-puasa juga ... tahan lapar dan dahaga. Tapi kena ingat juga, JAGA MULUT, JAGA MATA, JAGA TELINGA ...



Sumber : Google Image




5 comments:

  1. Salam Ramadhan Mia..lamnya tak jengah sini...tetiba pcl teringat balik kenkawan blog yg rajin singgah dulu. Rapatkan ukhuwah blogging insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan, mohon kemaafan jika ada salah dan silap. kesian Damia umi dah kena keja, petang jumpa umi ye..

    ReplyDelete
  3. Semua kena jaga bukan saja mata, mulut dan telinga aje Mia..
    Kaki, tangan bahkan hati ni yg duduk di dalam tak nampak tapi kena jaga betul-betul:)

    ReplyDelete
  4. Kalau nak jaga semua tu eloklah kita tido sepanjang hari Mia hihi....

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Bukan nak menahan lapar dan dahaga sahaja. Itu peringkat biasa-biasa aje ^_^

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!