Assalamualaikum
Salam ramadan yang ke-25
Aku kan bukan penggemar tegar drama-drama melayu (jangan kecam aku) ... bukan tak tengok langsung, aku tengok tapi sangat selective.
Aku paling suka drama-drama yang ditayangkan semasa bulan ramadan. Banyak pengajaran dan cerita berpijak kepada dunia realiti, dunia sebenar ... bukan dunia yang penuh angan-angan tu.
Bulan ni aku follow tau drama Lambaian Ramadan yang ditayangkan di Tv3 tu.
Banyak message kekeluargaan dalam drama ni, kisah suami isteri, kisah adik beradik, kasih sayang, pengorbanan ...
Sapa yang ikut cerita ni? .. aku kan tiap kali scene Adam dan Warda tu memang aku sangat tension. Lebih-lebih lagi watak Warda yang jadi pihak ketiga antara Adam dan Ila .. pengacau rumah tangga orang ... huishh!
Bila masuk scene Ila, sangat down tau mood, seolah-olah kita pula berada kat tempat dia.
Masuk bab anak-anak Adam dan Ila, Abang, Is dan Adik ... sangat-sangat sedih tau. Tambah sedih bila Adik disahkan sakit leukemia. Berat bebanan yang ditanggung oleh Ila, suami yang main kayu tiga dan anak yang disahkan sakit kronik.
Aku mula-mula sorang ja tonton cerita ni, anak-anak dan hubby tidur jam 10 malam tu, aku sorang-sorang layan sambil nangis tau ... huhu
Tetiba dipertengahan episod hubby join sekaki. Dia tension sangat dengan watak Warda tu, pengacau kebahagian orang lain.
Semalam episod akhir drama ni. Hubby dah siap2 tekan punat record, tak tahan ngantuk katanya, besok baru dia tengok.
Aku dah dapat agak kesudahan cerita ni. Punyalah sedih scene adik meninggal semasa dorang sembahyang tarawih tu. Mengalir-ngalir tau air mata. Meleleh hingus terpaksa ku tarik perlahan-lahan sebab takut hubby sedar. Putri Balqis ni kalau berlakon memang aku tabik. Sangat menghayati watak. Seolah-olah kita berada disituasi itu. huwaaaaaa sedihnya, tak tahan aku tau. :'(
Sumber : Google Image |
Note : Drama feveret Damia, Mak Cun pun dah tamat hari tu. Jangan tak tahu budak Damia ni, umur baru nak masuk 5 tahun tapi tengok drama Mak Cun. Kata hubby drama orang-orang usia emas .. hehe
dari episode pertama sampai dah last...memang tak tengok..asyik tido awal je..nak download la...
ReplyDeletelast semalam
ReplyDeletesedih
Akak pun tak berkesempatan menengoknya Mia..
ReplyDeleteTajuk pun dah bestkan Lambaian Ramadhan..
Nak tengok kat tonton..
Bila free nanti :)
Drama ni kalau pelakonnya bijak membawa watak memang boleh buat penonton rasa bagaikan berada di tempat itu. Itu yg boleh menangis bagaikan terjadi pada diri sendiri.
ReplyDeleteLayan jugak cerita ni tapi sempat layan 4-5 episode jer....Selebihnya mata tak boleh nak bukak dah Mia....Ngantuk sungguh!
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!