Assalamualaikum
Ni cerita dah lalu ... bulan berapa dah lupa dah tapi dalam tahun ni juga.
Dah banyak kali sebenarnya plan nak ke tempat rekreasi ni. Dengar kawan-kawan bercerita dan bila ternampak gambar-gambar yang dikongsikan di FB, macam best ja tempat ni.
Actually pusat rekreasi ni bukan jauh pun, di daerah kelahiran aku sendiri KOTA MARUDU.
Taman Kinabalu Sorinsim Kota Marudu. Salah satu pusat rekreasi yang mula mendapat perhatian awam untuk tempat berkelah dan mandi manda.
Taman ni antara taman-taman yang digazetkan sebagai salah satu pusat pelancongan di Sabah, sama seperti Taman Kinabalu di Kundasang tu. Dan kalau yang belum tahu dalam sejam setengah gitu, kita boleh ke Poring, Ranau melalui jalan raya di Taman Sorinsim ni.
Dekat kan (^__^)
Lepas ni nak try pegi Kundasang melalui jalan kampung sendiri lah ni ...
*Ni muka eksaited nak ke Taman Sorinsim. Kami guna satu kereta jak, senang nak gerak. Nasib baik ada van abang ipar. Semua boleh muat hehe*
*Pintu masuk taman ni .. mesti lah ada bayaran sebab tempat ni adalah salah satu pusat pelancongan di bawah taman-taman kinabalu*
*Tengok betapa jernihnya airnya tu. Tak sabar nak lompat ke dalam hehe*
*Pemandangan kawasan sungai di Taman Sorinsim ni*
*Kalau dah ke sungai camni ... aktiviti wajib adalah berkubang. Hampir 2 jam juga kami dalam air tu. Anak-anak pun dah kecut hehe. Air dari pergunungan, haruslah sangat segar dan sejuk*
Memang puas hati dapat berendam hari tu. Teringat zaman budak-budak dulu. Hari-hari dapat mandi sungai. Sekarang ni nak cari sungai yang belum tercemar sangat susah sekali .. bila dapat peluang camni, tak boleh dilepaskan. Anak-anak pun puas hati dapat merasai keseronokan mandi sungai seperti Umi dan Babanya dahulu ...
Cuma beberapa perkara nak komen tentang tempat ni, harap-harap lepas ni pihak pengurusan sediakan lebih banyak tandas dan tempat menukar pakaian dan pastikan ianya bersih sentiasa.
Pastu sediakan lebih banyak pondok untuk kemudahan orang awam serta kawal anjing-anjing liar yang berkeliaran.
Note : Nanti nak ke sini lagi ... tak puas hari tu berkubang hehe
Subhanallah..jernih nya air!
ReplyDeleteLama dah saya tak mandi air terjun/ sungai..
Memang elok disediakan banyak tandas & tempat persalinan...
Next time try la camping kat situ..buat BBQ....
Tu yg malas nak ke tempat tempat gini tu Mia sebab susah nak salin baju, nak ke toilet ke....kadang kadang tempat gini kurang terjaga....
ReplyDeleteTp air dari gunung mcm ni mmglah sejuk dan fresh kan..... bukan anak anak jer enjoy, maknya oun sampai nak dtg lagi hihi
Jernih dan dah tentu sejuk airnya tu ye mia..mesti seronok dapat mandi kan
ReplyDeleteJernih dan dah tentu sejuk airnya tu ye mia..mesti seronok dapat mandi kan
ReplyDeleteSungguh kakak yg tengok pun dpt bayangkan nyamannya Mia
ReplyDeleteKakak percaya kat Sabah sana masih banyak kawasan yg terpelihara dari pencemaran
Tengok air jernihnya pun dah dpt bayangnya bestnya..
bestnya bawak budak2
ReplyDeleteAs-salam Mia,
ReplyDeleteALLAH.. menariknya tempat tu.. dah lama juga akak tak mandi sungai.. tengok gambar mia dan family pun dah rasa seronok sangat.. tq ya sudi singgah di blog akak :)
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!