DIA dah tentukan rezeki kita

♡Assalamualaikum♡

Ini hanya pendapat dan pandangan aku saja ... tiada kaitan yang dengan hidup ataupun yang mati.

Baru-baru ni sibuk dalam facebook masing2 tegakkan pendapat .. alah korang mesti baca kan ibu yang jadi suri rumah vs ibu yang berkerjaya. 
Masing2 ni back up diri sendiri .. tak mo kalah. 
Pastu ada pula timbul mereka yang kerja sendiri aka berniaga vs mereka yang makan gaji dengan orang lain.

Macam2 pendapat aku baca samada dari facebook atau pun blog.
Aku memang hanya membaca sahaja tanpa komen apa2, itu pandangan dorang, kita kena hormat hak dorang.
Tapi kan aku tak berapa nak berkenan bila pandangan itu ada unsur2 memburukkan satu pihak tu lagi.
kalau dah ada unsur2 tu, bukan kata aku saja yang tak suka, yang lain pun sama kan.

Mungkin yang luahkan tu tak ada niat pun tapi kadang2 apa yang kita tulis ni tanpa kita sedar ada pihak lain yang akan terasa. 
Aku pun bila nak post ni pikir banyak kali tapi secara jujur tak ada niat nak bagi orang lain terasa. 
Hanya teguran dari hamba Allah yang hina, sama2 perbaiki diri. -fefeeling ustazah sekejap-

Korang ... tak kisah yang jadi suri rumah sepenuh masa, yang berniaga atau yang kerja makan gaji dengan orang lain. 
Jangan sibuk nak menangkan diri masing2 .. setiap apa yang berlaku pada kita dan setiap rezeki yang kita dapat, semuanya telah ditentukan olehNya.
Yang jadi suri rumah sepenuh masa, rezeki korang mungkin suami yang berpendapatan tinggi hingga mampu menyara korang sekeluarga. 
Yang berniaga atau yang makan gaji, mungkin banyak bezanya, dari segi masa, pendapatan .. tapi dah itu rezeki yang kita perolehi, harus bersyukur dan jangan cepat bongkak bila dah berjaya.
Terpulang kepada kita sendiri untuk cari peluang dan berusaha dan redha jika itu sahaja yang telah ditetapkan untuk kita.

Berniaga adalah satu sunnah dan salah satu sumber kekayaan. Siapa yang tidak mau ikut sunnah dan juga kekayaan melimpah ruah. Aku pun mahu, korang pun kan kan kan ...
Yang mempunyai perniagaan dan berjaya, tahniah! dan jangan lupa bersyukur.
Semua itu dariNya. Bila dah berada di puncak jangan sampai lupa mereka yang di bawah.
Aku ada terbaca di salah satu entri ni, >yang malas silalah kerja dengan orang lain yakni makan gaji<
Jangan gitu, rezeki masing2. Tak adil kita menilai orang tu malas ataupun rajin dari cara dia mendapatkan rezeki.
Bukan semua orang bernasib baik dapat berniaga sendiri, ada yang membanting tulang siang malam berkerja dengan orang makan gaji untuk mengubah nasib sendiri dan keluarga.
Sudah sedaya upaya berusaha dan berdoa, tetapi hanya dari situ rezeki yang dia ada, redha dan bersyukur.
Dia maha adil dan bijaksana telah menetapkan dari mana hambanya mendapatkan rezeki, ada yang menyara keluarga dengan menjadi perwira negara seperti polis, askar, bomba ... ada yang mencari rezeki dengan memberi tunjuk ajar dan ilmu kepada anak2 kita, -terima kasih cikgu, ustaz, ustazah-, ada yang mendapat sumber rezekinya dengan membantu orang sakit, doktor serta jururawatnya ... yang lain korang pikirlah sendiri.

Kita merancang hanya Tuhan menentukan. Masing2 dah ditentukan rezekinya, ada yang jadi boss untuk syarikatnya. Ada yang mendapat rezeki berkerja dengan korang.
Kalau dah semua jadi ketua, siapa pula yang akan jadi pekerjanya.
Korang yang berniaga dah tentu2 akan upah orang lain untuk menjadi pekerja.
Nampak tak hubung kait di situ, masing2 saling memerlukan.
Kalau pekerja korang tidak membanting tulang berkerja dengan korang, mana mungkin perniagaan korang akan maju.
Jarang sekali dengar peniaga yang tak mengupah pekerja, ya mungkin ada sedara mara yang membantu tetapi tetap makan gaji dengan korang kan.

Kesimpulannya, berusaha dan berdoa untuk mendapatkan rezeki buat kita dan keluarga sebanyak mungkin tak kisah secara berniaga atau makan gaji yang penting Halal.

Bukan nak salahkan sesiapa, tapi itulah ... kita termasuk aku sendiri hanya manusia biasa yang tidak akan lepas dari membuat kesalahan.
Termasuk entri ni, mungkin ada yang terasa, oleh itu mohon maaf dan ampun dipinta.


Nota : entri bukan ditujukan untuk sesiapa, hanya sekadar pandangan biasa yang mungkin ada kekurangannya.

Nota : Salam isnin dan selamat berkerja !






9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. salam isnin mia :)

    ya isu ni panas di fb recently, bg sue x perlu nak berbalah, x dapat apa pun...semua nak yg terbaik utk anak dan fmly masing2..jadi buatlah yg terbaik utk kelangsungan hidup selagi x melanggar syariat Allah.

    ReplyDelete
  2. True indeed. Pilihan ditangan sendiri. Rezeki pon DIA yang tentukan. Tak payah lah nak bertekak apa yang bagus dan tak bagus. Masing2 ada kelebihan.

    ReplyDelete
  3. Biar apa pun pilihan selagi ianya adalah halal pasti rezeki akan diperolehi akan meberi manfaat yg baik.
    Setiap kita juga kena berusaha walau qada' dan qadar itu dari Allah.

    ReplyDelete
  4. Konsepnya mudah sahaja.
    Hormati hak, dan pendirian orang lain.
    Contohnya, kita berniaga. Kita kaya raya dgn berniaga..kita mmg bagus kalau anjurkan org yg makan gaji utk berniaga, tapi janganlah pula sampai ke tahap nak memperlekehkan mereka yg makan gaji. Ingatlah, kalau semua nak meniaga, siapa pula yang nak kerja makan gaji? Betul tak?

    ReplyDelete
  5. bersangka baik...setiap dari kita sdh di tentukan rezeki msg2... tak perlu hasad... tak perlu pertikai...belajar hormat hak org lain kan Mia... hanya Allah maha mengetahui... peace :)

    ReplyDelete
  6. Betul tu Mia....rezeki memasing, ada yg kurang pada duit tapi mungkin lebih pada yg lain. Jangan risaulah Allah dah siap kan rezeki kita memasing, usaha dan berdoalah.

    Biasalah, namanya manusia, ada masa kita cemburu tp pandulah cemburu kepangkal jalan....Tak gitu ustajah? Haha......

    ReplyDelete
  7. Betul tu Mia....rezeki memasing, ada yg kurang pada duit tapi mungkin lebih pada yg lain. Jangan risaulah Allah dah siap kan rezeki kita memasing, usaha dan berdoalah.

    Biasalah, namanya manusia, ada masa kita cemburu tp pandulah cemburu kepangkal jalan....Tak gitu ustajah? Haha......

    ReplyDelete
  8. Betul tu. Kita boleh tambah dgn cara brdoa dan bersedekah. In sha Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post