STICKY POST! Scroll bawah untuk entri baru
Assalamualaikum .. hi korang. Kmia nak tanya ni. Korang jenis yang suka pakai makeup atau sebaliknya. Makeup tebal or yang nipis jer? Kmia .. suka makeup yang simple dan cepat. Kmia memang tak pernah bermakeup dari rumah sebab tak sempat. Sampai je opis, ambil beg makeup dan masuk washroom. Maka setengah jamlah Kmia disitu hehe. Yang melambatkan Kmia selalunya sebab nak bubuh foundation dan pastikan ianya sekata di wajah. Kalau buat cepat, nampak bertompok-tompoklah wajah. Lepas foundation nak bagi nampak smooth .. tepuk tepuk dengan compact powder. Nak bubuh yang 'asas' di wajah pun dah ambil masa yang lama. Kmia tercari-cari juga ada ke krim yang boleh gantikan foundation tu semua.
Sehinggalah Kmia terjumpa satu produk dari Korea ni. Kan sekarang ni memang ramai dah menggunakan produk wajah dari Korea .. mungkin serasi dengan kulit Asia kan. Mungkin semua dah kenal dengan Hansaegee Nature, brand skincare dari Korea yang bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Semua produk originally dari Korea, berkualiti dan selamat untuk digunakan. Salah satu best seller product mereka ialah produk yang Kmia nak kongsikan ni lah.
S+ Recover Gold Nano CC Cream |
Bahan Utama
Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream ni merupakan all in one cream dimana fungsinya sebagai alat makeup dan juga pada masa yang sama menjaga kulit wajah. Bahan utamanya adalah
- Mineral Water - mengekalkan keseimbangan PH untuk kulit wajah kita dan juga Menganjalkan kulit wajah.
- Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - mengelak iritasi kulit dan juga Anti-Bacterial Effect.
- Nano Gold - melambatkan kesan penuaan, melindungi kulit dari sinaran ultra ungu dan mengandungi kandungan antioxida yang tinggi.
Fungsi Utama
CC Cream ni mampu menyeimbangkan dan juga membetulkan ton warna kulit wajah korang secara semulajadi.
Cara Penggunaan
Tersangatlah mudah .. sebab tu Kmia suka. Makeup pun tak ambil masa yang lama. Yang suka dengan makeup simple dan natural CC Cream ini adalah jawapannya. Tak perlu span atau berus segala, korang hanya perlu guna jari dan calitkan sedikit dikeseluruhan wajah dan sapu dengan lembut seperti biasa. Ianya akan blend dengan ton warna kulit korang secara semulajadi. Ton warna kulit korang akan lebih sekata dan bersinar gitu.
Cara Penggunaan
Tersangatlah mudah .. sebab tu Kmia suka. Makeup pun tak ambil masa yang lama. Yang suka dengan makeup simple dan natural CC Cream ini adalah jawapannya. Tak perlu span atau berus segala, korang hanya perlu guna jari dan calitkan sedikit dikeseluruhan wajah dan sapu dengan lembut seperti biasa. Ianya akan blend dengan ton warna kulit korang secara semulajadi. Ton warna kulit korang akan lebih sekata dan bersinar gitu.
Ni Kmia ajar korang cara-cara nak guna CC Cream ni
CC Cream ni pada asasnya memang berwarna putih. Tapi korang jangan risau, bila korang sapukan cream ni di wajah korang ia akan semulajadi mengikut ton warna kulit korang.
Cream berwarna putih |
Secara fizikal cream ni berwarna putih tetapi ianya mempunyai kapsul-kapsul kecil berwarna coklat yang bila korang blend diwajah ianya akan bertukar ke warna merah jambu atau coklat yang mana akan mengikut ton warna kulit korang secara semulajadi.
Nampak kan perbezaannya. Warna kulit lebih sekata dan bercahaya gitu |
Ianya mampu meminima pori kulit agar lebih nampak licin dan bersinar |
Selain itu cream ini juga boleh berfungsi sebagai makeup based korang. Makeup lebih tahan lama, jelas dan cantik.
Satu lagi yang Kmia suka tentang cream ni, ianya tidak melekit seperti kebanyakkan cream yang ada dipasaran. Dan kulit wajah terasa lembab sahaja sepanjang hari. Sangat sesuai untuk Kmia yang duduk seharian dalam office yang berhawa dingin ni.
Oh ya .. s+recover Gold Nano CC Cream ini sudah berubah wajah. Packaging baru ni lebih mudah dibawah kemana-mana. Penutup jenis Twist Lock nya ini sangat ketat dan dapat melindungi sepenuhnya cream korang. Cream tidak akan mudah terkeluar dari bekas, so bila korang simpan kat dalam beg .. ia tidak tertumpah walaupun tergoncang kuat.
Cream ni hanya akan keluar apabila korang memicitnya jadi korang boleh kawal sendiri penggunaan dan tidak nembazirkan cream korang.
Paling best .. ianya mudah dibawa kemana-mana |
Berminat ke? Senang jer nak dapatkan produk dari Hansaegee Nature ni. Korang boleh buat pembelian secara online di https://hansaegee.com/shop/ .Maklumat tentang produk ni korang boleh klik link di bawah.
BRAND
INSTAGRAM https://www.instagram.com/hansaegeenature/
YOUTUBE https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
YOUTUBE https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Wah sekali dengan SPF 50, sunscreen yang sesuai untuk kulit orang Malaysia
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!