Shumi ke MRSM (2)!

Assalamualaikum .. sambung lagi kisah Shumi ke MRSM. Dah macam drama bersiri pula hehe. 

Ahad 20hb Jan tu, kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Tawau. Plan awal nak bertolak selepas subuh tapi paham2lah banyak 'iklan' sana sini jadi tertangguh ke 8.30 pagi. Tak sempat breakfast segala, Kmia dan Hubby dah plan untuk singgah di Kundasang nanti membeli makanan di pasar tamunya. 
Jika melalui jalan darat sebenarnya ada dua jalan yang boleh digunakan untuk sampai ke Tawau iaitu jalan yang biasa dilalui oleh bas2 express, laluan Telupid ataupun boleh juga menggunakan Jalan Kalabakan yang cuma mengambil masa 5 ke 6 jam untuk sampai ke Tawau. Lebih dekat tetapi jalannya agak sunyi dan hanya dilalui oleh lori-lori balak. Last Hubby ikut Jalan Kalabakan ke Tawau tahun 2008, masa tu jalan masih belum berturap dan banyak yang rosak. Walaupun 11 tahun dah berlalu kami tak mau ambil risiko so guna laluan biasa, jalan melalui Telupid hari tu. 

Kami melalui Kundasang-Ranau-Telupid-Beluran-simpang Sandakan-Lahad Datu dan Tawau
Sumber : Google

Dalam sejam dari KK kami sampai ke Pekan Kundasang. Beli apa yang perlu, singgah tandas buang apa yang perlu hehe dan terus sambung perjalanan. 

3 beradik. Nanti bila Shumi tinggal asrama, tinggal sepasang tu saja di rumah huhu

Dari Pekan Kundasang ke Telupid hingga ke Beluran kami tidak berhenti. Anak-anak semua dah 'pengsan'. Kmia sekejap tidur sekejap terjaga. Kesian pula hubby sorang-sorang drive. Lebih kurang jam 1 petang tu kami singgah di surau yang terletak berhampiran simpang menuju ke Bandar Sandakan tu untuk solat zuhur dan rehatkan kereta sekejap.

Macam2 stail dah dorang tidur. Ni 1st time jalan jauh.

Siap solat zuhur terus gerak sebab target kami sampai di Tawau sebelum maghrib. Kami dah isi siap2 full tank minyak kereta sebelum jalan so tak adalah membuang masa singgah mengisi minyak kan. Perjalanan menuju ke simpang Lahad Datu dan Kunak mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Dalam jam 4.00 tu kami sampai ke simpang menuju Tawau dan Semporna. Singgah asar di surau ada terletak di simpang tu. Dan alhamdulillah kami sampai ke Tawau lebih kurang dalam jam 5.30 petang.

Sampai ke Bandar Tawau terus cari hotel yang kami book dalam perjalanan tadi. Hehe semua kan last minute jadi book hotel pun last minit. Nasib baik di Tawau ni banyak hotel, tinggal korang pilih saja. Kami book hotel yang harga RM70 semalam. Nak tidur 3 malam so carilah yang murmur hehe. Hotel ni pun kawan yang suggest. Boleh lah bilik dia .. besar tapi kemudahan memang limited lah. Padanlah dengan harga so tak boleh nak demand lebih2 kan.
Tapi satu saja yang Kmia dan Hubby tak tahan .. punyalah bau rokok. Agaknya orang yang stay sebelum kami memang heavy smoker. Feninnnn! Tak sanggup tahan kitaorang cari penyembur wangian tu dan sembur berabis kat sekeliling bilik. Lepas 5 minit barulah boleh bernafas secara normal. Gambar hotel tiada .. malas nak ambil, korang bayangkanlah hotel harga RM70 semalam.

Abis maghrib dan isyak kami keluar cari makan. Seharian hanya makan kuih muih yang dibeli di Pekan Kundasang tu. Pusing-pusing Bandar Tawau, tak pasti nak makan di mana. Kmia dan Hubby masing-masing blur. So ambil keputusan singgahlah mana-mana restoran yang kami jumpa.

Shumi tiba-tiba teringin nak makan roti kosong dan teh tarik. Layankan sajalah


Kmia teringin nak makan sizzling mee malam tu tapi tak abis. Bukan tak sedap, tak selera huhu. Damia dan Shamzi pun begitu .. agaknya sebab penat berjalan jauh. Endingnya cepat-cepat balik hotel dan tidur.

21hb Jan tu .. kami bersiap-siap untuk cari barang-barang Shumi yang belum sempat terbeli di KK. Esok 22hb Jan Shumi nak mendaftar dah so kena settlekan hari tu juga. Habis beli barang dan buat x-ray Shumi sebab hari tu tak sempat, kami cari tempat makan. Kali ni makan digerai-gerai berdepan dengan Survey Tawau. Order simple-simple, soto banjar, nasi goreng lalap dan gado-gado.

Soto Banjar

Nasi Goreng Lalap

Gado-Gado

Semua sedap-sedap. Yang terbaik tu Nasi Goreng Lalap. Ayam goreng dan sambalnya memang pergghh. Soto banjar tu pula melimpah ruah isinya hehe. Gado-gado memang lazat dibuat kudapan hehe.
Kitaorang ada order murtabak jawa juga tapi tak sempat ambil gambar dah selesai kihkihkih. Kalau di KK, murtabak jawa dimakan bersama sos cili tapi di Tawau dorang makan bersama cili kicap. Pelik mula-mula tengok tapi bila dah masuk mulut sedaplah pulak gabungannya tu.

Sebenarnya banyak lagi nak makan di Tawau ni, nak rasa nasi kuningnya, nak rasa mee tauhunya .. tapi tak berkesempatan sebab nak settlekan urusan Shumi dulu. Mungkin lain kali barulah kami plan JJCM di Tawau.

Malamnya siap beli barang, kami balik ke hotel dan packing barang-barang Shumi. Sambil packing sambil bagi macam-macam pesan kat Shumi bila dah mendaftar esok hari. Sebab esok dia dah mula tinggal asrama. Alahai sebaknya dada Kmia. Rasanya cam nak bawa balik Shumi ke KK ja. Tak payah sekolah jauh-jauh. Huhu

Malamnya tidur sambil nangis .. cover guna selimut supaya hubby tak dengar 😂.

Ok lah penat taip ni. Kita sambung lagi ....

4 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. tahniah shumi.. dah mask sekolah asrama pnuh..:)

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa part 3 ada lagi.. bah cepat diupload.. mo baca.. taruk makanan makanan lagi. Lapar sudah saya tgk.

    ReplyDelete
  3. kak..saya boleh rasa kak sedih tu...saya takut sebab tahun depan syahmi pulak akan ke asrama kalau dapat :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post