Assalamualaikum. Hari tu Kmia ada cerita tentang Shumi kan .. yang dia belum ada rezeki untuk masuk ke sekolah berasrama penuh. Shumi sebenarnya memang target nak ke MRSM tetapi tidak tersenarai dalam list panggilan pertama. Tapi masih berharap lagi untuk panggilan yang seterusnya. So sementara menunggu tu, Shumi kami daftarkan Form 1 di sekolah menengah yang lokasinya belakang rumah jer. Hehe.
SMK Bandaraya .. lokasi belakang rumah je. Selama 2 minggu bersekolah di sana Shumi hanya berjalan kaki pegi dan balik sekolah |
Sebenarnya Kmia dan Hubby tidak menyimpan harapan untuk mendapat panggilan tapi 17hb Jan tu dapat keputusan yang Shumi diterima masuk ke MRSM. Dah rezeki Shumi .. alhamdulillah. Gembira memang gembira tetapi dalam masa yang sama sedihlah pula sebab Shumi ditempatkan di Tawau. Punyalah jauh. Kalau ikut hati memang nak saja Kmia tolak dan biar Shumi kekal di SMK belakang rumah tu .. tapi kesian pula Shumi yang berharap sangat untuk ke MRSM. Nak tak nak keputusan kena dibuat .. tawaran mesti dipersetujui sebelum 21hb Jan sebab 22hb Jan tu Shumi mesti berada di sana untuk pendaftaran.
Malam 17hb Jan tu tanya Shumi samada dia sudah nekad masuk ke MRSM Tawau atau tidak. Kmia banyak kali tanya kalau dah terima dan sampai sana tidak boleh u-turn balik tau .. jarak KK dan Tawau bukan dekat. Kalau drive makan masa 10 ke 12 jam. Dalam hati Kmia memanglah ada terselit harapan supaya Shumi tolak .. huhu tak sanggup ni berjauhan huwaaa. Tapi Shumi memang dah nekad terima tawaran tu. Jadi malam tu juga klik butang terima tawaran dan print semua document yang diperlukan.
Punyalah banyak document yang diperlukan. Mana nak buat medical check up lagi. Korang bayangkan dapat tawaran petang hari khamis. Kami ada masa sehari ja untuk sediakan tu semua sebab 22hb Jan selasa Shumi kena mendaftar sudah. Kami sekeluarga akan drive ke Tawau so hari ahad 20hb Jan tu kami kena bertolak dari KK. Kelam kabut kami dibuatnya .. nasib baik ada dokumen2 seperti ic dan slip UPSR dah awal2 kami sahkan. Kmia dah panik takut tak sempat tapi Hubby kan cool saja .. in sha Allah semua ok tu.
Siap semua document Shumi .. nak kena buat surat rasmi tidak hadir ke sekolah untuk Shamzi dan Damia pula. Mestilah kena bawa dorang sama2 hantar abangnya ke Tawau. Lagipun tida sapa yang dapat jaga dan hantar dorang ke sekolah semasa ketiadaan kami plus tak mahu susahkan orang lain.
Hari sabtu 19hb Jan tu, awal pagi dah keluar beli barang-barang kelengkapan Shumi tinggal di asrama. Dalam pada excited tu, Kmia memang dah sedih tunggu masa nak teriak nangis lagi tu .. sedihlah 12 tahun tak pernah pisah dengan anak. Memang awal2 tu suruh Shumi apply sekolah berasrama .. hujung-hujung minggu boleh melawat, sekali ko dapat yang jauh huhu. Kmia tak lah bagi ketara sangat rupa sedih tu kat Shumi dan Hubby. Nanti lain jadinya pula. Seharian kami mencari barang2 Shumi. Mana yang tak sempat Kmia dan Hubby sepakat cari di Tawau sahaja. Petang sabtu tu kami buat kenduri doa selamat. Kenduri kecil2 saja, panggil adik beradik Hubby sekeluarga. Jam 9 malam semua dah selesai, Kmia mula packing barang-barang Shumi. Time packing tu sekejap-sekejap tarik nafas panjang. Sebak tau dada. Nak berpisah dengan anak ni sakit di dalam hanya mak-mak yang faham 😢
Hari ahad 20 Jan tu, jam 8.30 pagi kami bertolak dari KK menuju ke Tawau. Ikut jalan Ranau-Telupid-Sandakan-Lahad Datu-Tawau. Ini pengalaman pertama Kmia ikut jalan darat untuk ke Tawau, sebelum ni naik flight sahaja. Anak2 pula 1st time pergi ke Tawau dan Hubby pula jejakkan kaki ke Tawau selepas 11 tahun.
Panjang pula entri ni so Kmia sambung nanti lah ya. 😉

hahah tgh syok baca bersambung hehe
ReplyDeleteTahniah Shumi..
ReplyDeleteInsya Allah, moga Shumi baik2 ada..
Mama kena stay strong tau :)
alolololo simptom mak-mak....tapai best tu jln drt kk-twu.
ReplyDeletemcm terbiasa suda drive kan, malas sda naik flight klu cuti smnggu.
sanggup drive a kak. jam 5 dr semporna, jam 4 sampai kk da.
Adehhh.. mana sambungannya.. saya nak baca...tolong sambung k. Bikin berdebar debar baca..
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!