Pakai apa yang ada

Assalamualaikum

Hari ni aku cuti .. cuti lagi, a'a nak abiskan cuti tahunan yang masih bersisa .. ceh.
bisuk sambung lagi cuti .. nak sambut tahun baru ... salam maal hijrah semua. 

Bila mak2 dah bercuti ni dan hanya duduk di rumah, korang paham2lah apa aktiviti wajib. Cuci kain, sental bilik mandi, lipat baju bajan .... bla bla bla. 
Aku selain keja tu, tambah lagi satu yang jarang2 aku buat. Jahit baju sekolah anak yang koyak. 
Dah hujung2 tahun ni, baju sekolah dah jadi macam baju basahan. Warna dari putih jadi cam kelabu asap dah. Ko cucilah dengan sabun cuci power mana pun, rendamlah dengan klorox pemutih berjam2, tetap kaler dihujung tahun akan bertukar .. :P
koyak, jahitan terbuka dan rabak itu wajib bagi baju sekolah rendah terutama baju anak2 lelaki yang lasak. 
Dah tentu2lah anak tak mo pakai baju yang koyak, padahal kerja dorang sendiri. Beli baju seluar baru .... no no no. Itu bukan aku, bukan lokek atau kedekut tapi aku nak biasakan anak aku dengan perkataan 'pakai apa yang ada, selagi boleh dibaiki dan diguna, pakai yang itu sahaja'.
Kami zaman kanak2 dulu, dah dibiasakan dengan keadaan macam tu. Tak membazir dan sekurang-kurangnya kita lebih menghargainya apa yang kita ada.

Budak2 sekarang ni aku tengok dah rasa selesa sangat. Apa yang dorang nak, mesti dapat. Tapi aku tak salahkan dorang, salah kita sendiri juga, naluri ibu bapa, tak sampai hati kata tidak kepada anak. Kalau boleh nak senangkan anak, dah kita bertungkus lumus mencari rezeki, untuk siapa kalau bukan untuk anak2. 

Tapi bila dah terlalu senang cam rasa tak betul pula. Tadi pagi Shumi belek2 kasut sekolahnya .. Umi2 koyak suda kasut saya, mo nampak suda kaki. Aku tengok koyak sikit je pun, cuma tepi kasut dah agak berbulu2 sebab kain dah tercarik2. Itu yang nampak huduh sikit.
Umi kita buanglah kasut ni, kasi beli saya yang baru ... ('__') ewah2 ... koyak sikit buang .. dan sepanjang perjalanan menghantar dorang ke sekolah aku membebel. 
Last bebelan aku bagitahu, kasut dan stokin umi dulu pun koyak tapi tetap umi pakai. Sebabnya bukan kasut tu yang buatkan umi boleh lulus sampai masuk universiti ... dan bla bla panjang pula motivasi aku sebelum dorang masuk pintu sekolah. 
Last bebelan, Shamzi menyoal ; Umi pakai kasut koyak tiada orang yang oloh Umi ? Oloh meaning ejek. 
Tiada ... betul masa zaman budak aku, tak pernah pula ada budak2 yang oloh budak lain pakai kasut koyak. 
Zaman sekarang ada ke cam dalam drama tu. Budak kaya ejek budak miskin. Kalau ada, tolonglah para ibu bapa yang ada2 tu, nasihat anak korang. Tak baik tau.

Harap2 bebelan aku tadi dapat diterima oleh Shumi dan Shamzi. 

Oklah dah abis membebel, nak masak dulu. Nasi semalam seperiuk tu tak dimakan pula semalam, kita masak nasi goreng tengahari, tak baik membazir tau. Kejap lagi cikgu tu nak balik, kang aku pula dibebelnya sebab tak masak tengahari .. kihkihkih.

seluar budak kalau tak koyak tengah2 bukan budak namanya



7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Bestnya Mia cuti sambung smpi besok...
    anak2 biasalah kan...hihi sikit2 mo minta ganti baru... Pae pun sama..senang jk cakap nanti Ibu belikan yg lain...amboi... hahaha... cuma tulah sama jg aku Mia..selagi boleh pakai tu pakailah.. tak elok membazir.... huhu... sedap juga tu nasi goreng utk lunch.... :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. bestnya Mia cuti-cuti panjang
    Macam-macam boleh buat kan.
    Bukan tak mahu beli baru tapi nak anak tahu menghargai apa yg ada
    Nasi goreng dah siap belum?

    ReplyDelete
  3. zaman saya sekolah dulu, sadly ada je budak yang suka mengejek..mungkin sebab sekolah di Kuala Lumpur..ramai anak orang berada.kesian juga tengok mana yang tak seberapa tu..

    ReplyDelete
  4. Amboi, banyak lagi ke baki cuti tahunan tu...best betul...mai la sini, jalan jalan KL ke..Penang ke..hihih

    Hahahhaa..saya zaman sekolah dulu, memang la tang kelengkang tu, selalu koyak!

    ReplyDelete
  5. Kasut skolah kimi dah uzur. Nak beli baru dah nak dekat habis skolah. Pakai jer lah apa yang ada tu ☺

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. Sama je Mia.....
    Memang untung bebudak sekarang ni, nak je semua dapat..... Gitulah bahagian memasing

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post