Assalamualaikum
Ok semua orang tahu, hari ni merupakan hari guru. Semua orang berlumba2 untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bergelar pendidik kerana berjaya mendidik mereka hingga berjaya.
Aku walaupun ayat agak klise ... juga tidak ketinggalan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah mengajar dan mendidik aku hingga boleh berdikari seperti sekarang. :D
Juga sangat2 berterima kasih kepada guru2, ustaz dan ustazah yang mengajar anak2ku tanpa jemu. Tahu anak2ku sedikit nakal tetapi mereka tetap sabar mendidik mereka hingga aku rasa terharu melihat pencapaian mereka.
Ternampak aktiviti2 ni dikongsi oleh pihak tadika dan sekolah agama Shumi, Shamzi dan Damia.
Sumber : FB Tad.Intensif Cahayaku & SAR Annur Sabah
Tipu kalau aku tidak bangga ... terharu bila melihat nama anak sendiri dinyatakan dalam gambar tu. Sangat sangat sangat berterima kasih kepada cikgu ustaz ustazah mereka. Sangat menghargainya.
Terima Kasih Cikgu!
Note : Pendidik adalah cikgu tetapi cikgu sebenar adalah kita sebagai ibu bapa. Sebab itu kita selalu dengar didikan awal adalah dari rumah. Peribadi yang kita bentuk itu yang dibawa oleh anak2 ke sekolah dan cikgu sebagai pelengkap didikan anak2 kita.
Wah....Shumi ni bakal jadi Imam muda ni Mia.....sejuk perut ibu mengandung tau. Mesti bangga kan...
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!