Imej baru

Assalamualaikum

Lama tak muncul gitu. Muncul hari ni terus imej baru. Imej baru apakah itu, rupa blog tak ada pun ubah. Imej puan blog, actually menten jak. Yang ubah cuma spek mata. Dah tukar. Kanta pun dah naik 100 lagi. Huhu memang patut pun kena tukar. Spek mata yang sebelum tak sesuai dah, bingkai pun dah tak berapa elok. So bingkai pun tukar juga. Masih guna brand Lee Cooper sebab selesa dengan bingkai dari brand ni. 
Tapi kali ni bingkai agak besar sedikit.

Aku tak pernah pilih sendiri bingkai cermin mata. Semua hubby tolong pilihkan. So yang ini memang pilihan dia. Katanya sesuai dengan aku walaupun aku rasa agak besar. Tapi ikut je lah pilihan dia, lagipun dia yang tengok wajah aku hari2. Tak gitu ...

So yang ini kiranya imej baru lah kononnya. Guna spek mata bingkai yang besar. Sebelum ni kecik2 jak bingkai spek aku. 

Ok lah nanti kita sambung cerita lagi. Ni nak belajar lagi sistem GST. Almaklumlah esok kan dah start. Emmmmm

Note : kadang2 terpikir juga ok lagi sistem cukai sebelum ni walaupun ada 6% dan 10%, Tapi tak semua barang dan perkhidmatan dikenakan cukai. Barang2 yang bercukai tu pun tak berapa diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah. Compare dengan GST yang hampir semua barang dan perkhidmatan dikenakan cukai. Huhu kita tunggu dan lihat sajalah ye. 




8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. yang penting cantik di mata suami..bagus kak Mia ni..hehe.noted ;)

    ReplyDelete
  2. Cantik bingkai baru tu, pandai hubby pilihkan..

    ReplyDelete
  3. Kalau en abang kata cantik oklah Mia
    Kakak tengok pun cantik juga tau:)

    ReplyDelete
  4. Spek bingkai besar tu lebih kurang sama dengan TLBD Mia. Baru baru ni dia mintak tukar bingkai besar. Nak ikut trend jugak katanya hihi...

    Cantik ar bingkai besau ni dgn awak Mia....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post