'Datin Maimon' ku - Mia - Memories of Mine

Latest

Monday, February 9, 2015

'Datin Maimon' ku

Assalamualaikum


4 tahun lalu aku sendiri tak percaya akan menimang cahayamata perempuan. Maklumlah anak aku yang dua orang keduanya lelaki. Anak kakakku pula keduanya juga lelaki. Adikku juga kedua2nya anaknya juga lelaki. Jadi bila aku mengandung anak ketiga, aku tak berharap akan mendapat anak perempuan, walaupun jauh di sudut hati tu aku teringin sebenarnya. :)

Saat kelahiran juga aku tak mengharap tetapi berdebar juga. Harapan nak anak perempuan tu memang ada, jadi berdebar juga nak tengok jantina anakku nanti.

Bila aku selamat bersalin, perkara pertama yang aku tanya kat bidan tu ialah, apa jantina anakku. Bidan hanya jawab sabar. Aku sememangnya dah tak sabar masa tu, tengah nurse bersihkan apa yang patut, aku gagahkan diri tegakkan kepala untuk melihat anakku yang diletakkan di hujung katil. 

Perempuan! Aku terjerit dalam hati. Hilang segala sakit bersalin. Aku tersenyum sorang2. Nurse tengah jahit menjahit pun aku tak rasa sakitnya. Hati dah berbunga2. Tak sabar aku bagitahu hubby yang kami mendapat anak perempuan. Cucu perempuan pertama mak bapa ku.


Bulan 10 ni, genap umur Siti Damia 4 tahun. Dah semakin pintar bercakap. Tapi sangat manja dan banyak ragamnya. Suka sangat 'berlakon' seorang diri. Bilang orang Sabah, suka sangat bertrip. Mengajuk lakonan dalam drama atau iklan. Sebab tu aku kawal apa yang ditontonnya. Takut terikut yang bukan2.

Damia suka sangat dengan kaler pink walaupun kaler tu tak berapa match dengan warna kulitnya yang hitam manis. 
Ada sedikit lasak juga, mungkin mengikut abang-abangnya.

Alhamdulillah, Damia diumur yang baru 3 tahun lebih sudah dapat menghafal Surah Al Fatihah. Sudah tahu bagaimana hendak sembahyang. Aku sangat2 berterima kasih dengan cikgu2nya yang mengajar dia di taska. 
Semoga Damia membesar menjadi anak yang solehah. Amin ....


Note : 'Datin Maimon' tu cuma gelaran untuk Damia bila dia memakai cermin mata hitam bulat kaler pink tu. Tak ada kaitan dengan sapa2 pun ye. Dah macam datin2 hendak pergi bersiar gayanya. :P




15 comments:

  1. Alhamdulillah. Smg damia membesar menjadi anak yg solehah.

    ReplyDelete
  2. Sama umur anak sy yg sulung bulan5 ne 4 tahun,semoga damia jadi anak solehah ye'datin pun datin la janji comel hehe.:-)

    ReplyDelete
  3. Sama umur anak sy yg sulung bulan5 ne 4 tahun,semoga damia jadi anak solehah ye'datin pun datin la janji comel hehe.:-)

    ReplyDelete
  4. Sama umur anak sy yg sulung bulan5 ne 4 tahun,semoga damia jadi anak solehah ye'datin pun datin la janji comel hehe.:-)

    ReplyDelete
  5. Haha...... Mia, makcik pak jilap yg dlm entri OKje hari ni nama dia Maimon tau haha....
    Apa pun sangat cute Damia ni, bebudak pompuan sama je kalau baye ni mmg mulut dia mcm bertih jagung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak okje ... hehe tersamalah pula nama. Nama tu aku suka sebut, tu pasal aku gelarkan kat Damia .... kihkihkih

      Delete
  6. Lasak sikit sebab kawan bermain di rumah lelaki Mia
    Tapi comelnya tetap faminin juga. Nak cantik dan bergaya biasalah tu Mia.
    Suka pink adalah lumrah anak-anak perempuan. Kakak dah banyak pengalaman yg ini:)

    ReplyDelete
  7. haishhh baca pun sambil tersenyum-senyum membayangkan keadaan mase tu :)

    ReplyDelete
  8. Amboiii comey bergaya tu "Datin Maimon" ehe :)

    ReplyDelete
  9. Masa pregnant kan Siti Damia, tak tgk ke jantina nya melalui scan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampaklah doc. Suda scan banyak kali tapi baby sembunyikan 'tempat' tu ... hehe

      Delete
  10. budak2 kecik skrg bergaya ngalaha kan orang tua ni kan

    ReplyDelete
  11. Damia mesti manja kan, dengan atuk nenek.. haha, setiap bebudak perempuan akan melalui fasa suka warna pink.kita kecik-kecik dulu pun gitu kot kak Mia

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!