Assalamualaikum
Rasanya semua dah maklum tentang berita penangguhan sesi persekolahan 2015 semalam. Kementerian bersetuju untuk memulakan sesi persekolahan lewat seminggu daripada yang dijadualkan dalam takwim sekolah tahun 2015. Sepatutnya anak-anak mula bersekolah 5hb Januari ni, tetapi atas sebab musibah banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur sejak seminggu lalu, sesi persekolahan bermula pada 11hb Januari bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Manakala negeri lain bermula 12hb Januari ni.
Sumber : Berita Harian |
Aku memula tu ingatkan untuk negeri-negeri yang terlibat dengan musibah banjir sahaja, tetapi ianya melibatkan seluruh sekolah di Malaysia. Hubby terus call sekolah untuk confirmkan berita penangguhan tu. Betul, sesi sekolah bermula 12hb Januari ni. Cuma hari pendaftaran tahun 1 pada 2hb Januari ni tidak diubah.
Aku yang dah berdebar-debar sebab Shamzi akan masuk darjah satu tahun 2015 ni. So ada seminggu lagi aku buat extra persiapan kan (walaupun dah prepare semuanya).
Cuti yang aku apply awal2 untuk pantau Shamzi kat sekolah tu pun terpaksa ubah. Postpone ke minggu depan pulak.
Tetiba terpikir, kita yang dah siapkan segala kelengkapan anak-anak bersekolah ... macam mana dengan mereka yang terlibat dengan musibah banjir tu semua. Mungkin ada yang telah sediakan awal2, baju sekolah, buku2, kasut ... tetapi habis dihanyutkan atau rosak oleh air banjir.
Beratnya dugaan mereka ...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya ...
Dengar berita ada tempat yang telah surut airnya ... memang sedih dan kasihan melihat kesan kerosakan akibat banjir tu ... semoga mereka tabah dan dipermudahkan segala urusan.
alhamdullilah
ReplyDeletesekurang-kurangnya ada masa utk mengemas dan sebagainya
alhamdulillah. semoga mereka tabah dan punya kesempatan membuat persediaan walaupun sederhana.
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!