Assalamualaikum
Tetibalah pulak cerita pasal ketuat ... huhu Bukan apa terbaca dalam FB semalam. Cam terasa nak kongsikan pula. Pengalaman kena ketuat? memang pernah ... sekali ... dalam tahun 2006 ke atau 2007 tu. Dah lama dah, sangat tak selesa tau, sebiji je pun di tapak kaki ... berdenyut2 bila kita pijak lantai. Ntah mana tempat yang aku terpijak sampai terjangkit ketuat ni.
Tak tahu apa itu KETUAT ... Meh sini aku kongsikan | sumber Facebook/Rahsia Hawa dan Wikipedia/Google
Ketuat kaki merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian kaki, terutamanya dikawasan yang menerima beban apabila berjalan atau berlari. Bahagian yang dijangkiti ketuat timbul, berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras.
Ketuat biasanya terjadi pada bahagian tangan dan kaki manusia. Ketuat ada juga pada bahagian lain seperti di muka, leher, siku dan bahagian-bahagian lain. Secara amnya ketuat tumbuh pada bahagian kulit seperti bintil kecil, tumbuh kasar menyerupai bunga kobis yang keras. Namun jika tidak dirawat atau diberi perhatian, ketuat mungkin akan merebak dan membesar.
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Rawatan dan Petua nak hilangkan ketuat | sumber Facebook/Rahsia Hawa dan Wikipedia/Google
- Sapu getah daripada pelepah betik. Biar kering dan lakukan berulang kali sehingga ketuat kering dan luruh sendiri.
- Tumbuk lumat daun kesum dan campur garam halus, sapu kat atas ketuat. Sama juga lakukan berulang kali hingga ketuat kering dan luruh.
- Sapukan dengan bancuhan abu ubat nyamuk dan air. Ulang sampai ketuat kering dan jatuh.
- Sapukan dengan kapur sirih.
- Celup lidi ke dalam minyak masak yang sedang panas dan titikkan ke atas ketuat.
Rawatan moden pula
- Salap Asid Salistik.
- Terapi Cryo.
- Podophyllin.
- Intereron & Asid Trichloracetic.
- Melalui pembedahan.
Dulu masa aku kena ketuat ni, memula tu aku tak pergi jumpa doktor. Kononnya nak korek sendiri bagi dia hilang. Tapi kan ketuat ni macam ada akar. Kita korek hari ni, besok lusa ada lagi tumbuh.
Last2 tu tak tahan sebab sangat tak selesa bila berjalan ... akhirnya jumpa doktor. Dan doktor bagi ubat ni
Sumber : drkecik.blogspot.com |
Ubat Duofilm. Lepas bersihkan kaki, hanya sapu kat ketuat tu. Dalam seminggu gitu, boleh nampak benda yang keras tu semakin nak keluar. Dan akhirnya dia gugur sendiri meninggalkan kesan lubang kat tapak kaki aku. Lubang kecik je.
Tapi rasanya boleh juga cuba semua petua-petua kat atas tu ... ni yang tak suka pergi jumpa doktor lah ye.
Note : Tak ada contoh gambar ketuat? tak ada ... korang google lah sendiri rupa paras ketuat tu ye. :p
daun kesum tu ingat boleh buat laksa je, buang ketuat pun boleh ye ;)
ReplyDeletethanks share kak!memang geram kalau ada ketuat ni.selalu korek ngan ketip kuku
ReplyDeleteingt ms remaja dl ade jgk..tp potong ngan pisau jer lah.lelamer ilang gitu jer..hehehe
ReplyDeleteBoleh cuba petua ni tengok mana yang jadikan ;-)
ReplyDeletememang sakit kalau kena ketuat ni kan mia..rasa seram pula kalau sampai kena bedah..err..
ReplyDeletewah thanks for sharing this! good info sis :)
ReplyDeleteKesiankan yg kena ketuat ni...mintak dijauhkan...
ReplyDeleteTulah Mia kadang tu kalau pakai kekdah tradisional ni kadang tu lambat nak jatuh.....tu yg eloknya pakai ubat tuan doktor aje hihi
Awak.. duofilm mahal x?
ReplyDeleteAwak.. duofilm mahal x?
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!