Assalamualaikum
Sehari bercuti haruslah mak-mak macam aku ni ambik kesempatan cuci baju bajan yang tak habis-habis tu. Kosong sekejap bakul paginya tu, petang dah menggunung balik. Memang tak akan habis punya.
Lepas Zohor pula, bawa anak-anak keluar kejap. Saja jak bawa dorang jalan-jalan dan makan-makan sempena birthday budak yang paling kecik di rumah ni. SITI DAMIA......esok 23 Oktober, genap 3 tahun umur budak Damia ni....tak sedar anak aku yang seorang ni dah besar.
Mulut pun dah makin cerewet. Hobi menyanyi dan menari sepanjang masa. emmmm tapi Umi tak mo lah pula hobi tu 'kekal' hingga ke dewasa. No No No ye Damia.
Umi doakan anak perempuan yang seorang ni menjadi seorang anak yang berjaya dan menjadi anak yang solehah. Amin......
Sambil-sambil aku menunggu baju bajan tu, mulut krup krap krup krap makan jajan yang kira nostalgik ni.
Kacang cap Ayam
Aku tak tahu kalau kacang jenis ni ada dijual di semenanjung ke tak, tapi kat Sabah, kacang jenis ni memang pemes gitu. Jangan tak tahu ni jajan aku sejak sekolah rendah lagi. Masih kekal hingga sekarang ni. Pengeluar kacang ni pun masih kekalkan packaging dorang. Semua masih sama, warna bungkusan masih sama, taste masih sama, kuantiti masih sama cuma harga je yang tak sama.
Naik seposen. Dulu sebungkus 10 sen, sekarang sebungkus 20 sen.
emmm oklah, mesin basuh dah berhenti tu, nanti kita sambung ceritalah lagi lah ye.....TaTa!
salam kenal dari kak kep from doha qatar..
ReplyDeletemcm tak penah tgk pulak kacang cap ayam nih.. huhu
Memang menjadi kenangan makan kacaang cap ayam ni kan.
ReplyDeleteX pernh tgok plk kacang cap ayam ni..
ReplyDeletekt semenanjung x pernah jmp lg.
ReplyDeleteperisa pun ayam? kat semenanjung rasanya yang femes cap lembu kan hahaha. happy birthday damia... dah besar dah anak2 dara kita.
ReplyDeletetapunnn... feveret sy ni owhh...
ReplyDeleteTak perasan plak. Tak tau lah kalau kat semenanjung packaging nya lain ☺
ReplyDeleteMcm tak de jer...tp kalau cap ayam gitu kat sini cikedis namanya bukan kacang....Kalau kacang cap tangan adalah...camne kacang dia Mia
ReplyDeletemcm x pernah nampak la plak :)
ReplyDeleteAssalam,,.
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaaa..!! lamenyer x makan kacang nihhhh...@@@ gulppp..!! gulpp!!
kat Swk kecik2 dulu mmg fav nih...rasa dah x pernah jumpa dah kacang nihhhh... huuu
Memang febret makanan ringan ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!