Skip to main content

Dan ia naik lagi

Assalamualaikum

Wajib jadi cerita untuk entri hari ni. Rasanya bukan aku sahaja, malah rakan2 lain pun dah postkan kisah ni.....sejak semalam....sejak jam 12 tengah malam gitu. 

Korang tak tahu apa yang sedang menjadi perbualan hangat pagi ni....di kedai2 kopi, di opis, di sekolah, dalam teksi, dalam bas, di bawah pokok...
Yang naik kenderaan awam tu mungkin tak berapa kisahlah, tapi kalau yang mempunyai kenderaan dan wajib digunakan ke tempat kerja atau ke mana2 memang sangat terasa. 

haRga MiNyaK nAik lAgi!!!

Emmmm.....memang ramai yang mengeluh, termasuk aku dan hubbylah tu. Aku dan Hubby masing2 drive ke tempat kerja (tak boleh satu kenderaan sebab lain arah, satu menuju utara, satu menuju selatan..huhu) , pasni terpaksa rombak balik budget bulanan. 
Kalau sebelum ni aku guna minyak dalam RM 40 lima hari ulang alik dari rumah ke tempat kerja, pasni mungkin kena up kan lagi ke RM 50 atau RM 60 seminggu. 
Hubby mungkin kena upkan ke RM 70 untuk 5 hari sebab jarak tempat kerja dia jauh sikit dari rumah. 

TAK PUAS HATI ?? Kalau diikutkan hati .... memang jawapannya YA tapi dah jadi lumrah kehidupan sekarang ni kan. Semua barang pun naik harga....bukan petrol jak, benda lain pun naik juga. Redha jak lah... Nak membantah pun tak ada gunanya....mungkin pihak kerajaan ada sebab tersendiri untuk naikkan harga petrol tu.....kena bersangka baik jak lah. 

Lepas ni kena kuat usaha lagi lah, tambah pendapatan untuk tampung yang naik2 itu. En.Nuffnang lepas ni, plissss bagi iklan banyak2, tolong2 bah orang susah...kihkihkih

Kadang-kadang terpikir juga nak naik basikal ke tempat kerja.....tak payah pakai minyak, guna tenaga jak, keluar juga peluh, badan pun sihat cergas......tapiiiiiii
terus terbayang mengayuh sejauh 20KM, pastu letak Damia dalam bakul depan, Shumi dan Shamzi bonceng di belakang.......hissshhhhhh sangat tak logiklah

Mahu tak mahu, kena telan jak lah semua tu. Kita redhoooo jak lah nak oooiii........


Gambar pinjam dari en.Google, ayat aku punya hehe





Comments

  1. aahhh tensionnya bila minyak naik lagi nie...kalau nakpakai keta letrik pun letrik naik jugak..kat bumi kita nie memang tuk orng2 byk duit...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Mulut kata redha tapi dalam hati masih mengharap moga ada perubahan dalam kepimpinan. Sedih bila terus-terusan rakyat marhaen yg jadi mangsa.. Semua ini juga akan jadi penyebab jurang kemiskinan dan kaya akan kian ketara Mia... kita tunggu dah lihat kalau panjang umur. Kesian bangsa kita..

    ReplyDelete
  3. haha..memang tensen Mia ..sebab nti kompom harga barang lain pn naik mendadak...adoi! nak redha pun memang ndak ikhlas sudah ni... terbeban lah dgn mcm2 kos...

    ReplyDelete
  4. lepas ni tak mustahil kedai makan charge nasi kosong sepinggan 2 hengget :(

    ReplyDelete
  5. pasrah dengan keadaan ekonomi sekarang.mulai sekarang kena gak fikir nak berjimat habis-habisan,kan

    ReplyDelete
  6. harga barang yang naik sekali tu yang tak tahan nya...

    ReplyDelete
  7. Terus terang, saya sgt terkejut dgn kenaikan minyak skrang ni sbb kat UK skrang minyak sedang murah... Saya duk tunggu M'sia turunkan harga minyak (sbb katanya apung ikut harga pasaran dunia), tapi tup2 sebaliknya yg berlaku...
    Sempat lagi imagine kayuh basikal... kikiki

    ReplyDelete
  8. Haha...betul jugak tu Mia naik basikal peluh pun keluar, sihat pun sihat, jimat pun jimat hehe....
    Itulah nasib rakyat , redho ajelah hati pun tak sakit, kita tengok kotnya esok lusa turun pulak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang