Mengapa ??

Assalamualaikum

Angin bayu laut meniup lembut ke pipi Mastura
Sebenarnya sangat menenangkan tetapi tidak mampu menenteramkan gundah dalam dirinya
Dari tadi kakinya ligat menguis pasir pantai, 
seligat fikirannya yang sedang menerawang memikirkan persoalan yang timbul
Mengapa dia begitu, kenapa dia tiba-tiba bermasam muka, apa yang aku telah lakukan hingga dia langsung tidak mahu menegurku, tidak mahu menjawab pertanyaanku......
Padahal baru minggu lalu keluar berdua, berjalan bersama, ketawa bersama.....
Tetapi semalam, dia hanya diam.
Diam membisu dengan pandangan yang tajam seolah ada dendam terbuku di hatinya..........
Tanpa sedar ada air mata mengalir di pipi Mastura
Mulanya perlahan tetapi akhirnya semakin laju diiringi esak tangisan kecewa Mastura ....
Mengapa .... mengapaaaaaaa!!!!!


Wah gitu :P
Bercerpen kononnya di hari jumaat.
Sehari tak timbul sebab tetiba kesibukkan melanda.
Almaklumlah esok, lusa, tulat dan hari satu lagi tu, aku akan bercuti.
Anak2 kan cuti sekolah seminggu haruslah Uminya ni ambil cuti sehari dua temankan anak2 dan hubby di rumah.

Macam mana cerpendek (cerpen+pendek) aku tu ??? Boleh ke ?? Boleh feel juga ke ?? Kihkihkih
Ni idea spontan gitu.
Korang jangan ketawa ye ... :p

Ni aku nak bagi soalan.....soalan berdasarkan cerpen di atas.
Mengapakah dia tiba-tiba berubah ???
Korang nak jawab, dipersilakan. Tak nak jawab aku tak paksa pun hehe
Just nak bagi korang ceria di hari jumaat yang indah ini....gitu :D


TaTa!

Note : Nama Mastura tidak ada kaitan dengan sesapa. Tetiba jak nak bubuh nama tu ye.




12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. pandai mia berkarya..ada gaya dah tu..

    ReplyDelete
  2. Boleh jadi novelis tu Mia.. berbakat jugak.. hehe..
    Mengapa?? mungkin ada sesuatu yg menyinggung perasaan nya tu... haha

    ReplyDelete
  3. Sbb semua akn berubah..n hope berubah kejalan yg baik..insyaallah..boleh dah bekarya..

    ReplyDelete
  4. Pandai berpuisi..jom singgah n follow blog abah plak. .
    http://abahbz.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Mengapa??..
    ada bakat bah Mia ni..kalo ada sambungan best bah ni Mia..

    ReplyDelete
  6. kenapa yer? susah gak soklan ni, guna aras tinggi ni..hehe

    ReplyDelete
  7. Dah berubahlah tu....sebab nak beli DSLR yang mahal tu tak dapat hehe....Itulah pasal mengapa dia berubah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post