Skip to main content

Silent Reader ku tersenyum

Assalamualaikum

Kalau ikut kan peratusan pengunjung blog ni, ok lah juga....ada juga yang sudi menjenguk dan membaca entri yang aku postkan kat blog ni. Tak jugalah jadi entri syok sendiri, aku tulis, pastu aku juga yang baca balik.....nasib baik aku sendiri juga yang komen kihkihkih

Menjadi kepuasan seorang penulis apabila hasil tulisannya menarik perhatian orang lain untuk membacanya. Maknanya cerita yang ko tulis tu menarik. Tapi kan kadang2 ada juga penulis hanya menceritakan perkara biasa, meaning sesuatu yang amat biasa yang orang lain pun boleh cakap, aku pun buat benda yang sama...tetapi cerita biasanya tu menarik ramai orang untuk membacanya. kan....

Hanya orang yang ada aura tersendiri sahaja yang boleh buat camtu.....(^_~) bilalah aku ada aura camtu. Yang bila mana aku post tentang 'aku suka berus gigi' pun dapat komen berpuluh2.....hehehe (tajuk post tu contoh jak ye, sebab aku nak bagi contoh perkara yang paling biasa :p)

Aku tahu orang baca post aku bila dorang ada tinggalkan komen. Tapi kadang-kadang tu ada juga yang berkunjung ke blog kita, baca post as a Silent Reader only. Maknanya dia tak tinggalkan jejak langsung. Komen takde, apatah lagi nak say hi kat chatbox tu. Ni memang silent reader betul lah. 
Aku pun ada juga jadi Silent Reader beberapa blog. :) Saja jak, malas nak komen tapi hari2 mesti kunjung blog orang tu (^_~)

Korang boleh agak ke siapa Silent Reader blog korang ? 

Aku ?? aku tahu seorang Silent Reader aku ni. Aku tahu dia tak pernah tinggalkan jejak atau komen di setiap post yang aku publishkan setiap hari. Tapi aku tahu orang tu membacanya. Dan semalam aku ternampak 'Silent Reader' aku tu membaca Post yang aku publishkan sambil tersenyum sorang diri. 


Source : Google Image
Jangan bising....silent reader ku sedang membaca :)






Comments

  1. x boleh nk agak tp boleh rs hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam singgah....

    Kalau ada yang mengomen apa kita tulis, memanglah rasa seronok alahai. Tapi memang betul, tak semua orang suka mengomen dan suka apa yang kita tulis. Dapat silent reader yang hari-hari berkunjung pun tentu dah buat kita tersenyum.

    ReplyDelete
  3. hidup kita biasa-biasa je..sapalah yang nak jadi silent reader kitakan..huhuk.. tu yg aku fikir dulu. then aku fikir plk, sebanarnya ramai je org yg biasa2, alami benda yg sama aku alami. sb lepas aku tulis entry yg lebih jujur, ramai yg komen,
    sy pun macam tu...laki saya pun gitu...
    inilah hidup, kita rasa hisup kita biasa2 je..sebenarnya ia luar biasa..
    ceh, mcm motivasi plk aku ptg2 ni..kena tulis entry nak ulas pjg lebar ni..
    haha..salam ceria petang rabu ni..

    ReplyDelete
  4. Aku tau siapa silent reader ko tu. Ni mesti somi tercinta kan...hehehe...

    Ni bukan takat silent reader, Stalker pon ada.

    ReplyDelete
  5. Ohhhh reader tuuu.....tu bukan setakat silent reader jer...itulah silent reader, itulah writer...macam macamlah semua dia hehe...
    Betullah mia....bila ada org komen kita brulah rasa happykan......taklah mcm mula berblog dulu hehe.....kita syok sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang