Skip to main content

Simple itu Sedap !

Assalamualaikum
 
Bagi aku yang simple itu sedap.
Mudah dan ringkas tapi mampu membangkit selera.
Dalam masa 5 minit dah siap. Tak penat nak prepare itu ini.
Bak kata mak aku, koncang kancing dalam kuali, siap !!! Maknanya kejap jak nak masak.
Apa yang simple tapi sedap itu....
Sambal Tempe.....makanan orang Jawa gitu. Kan mak berdarah Jawa, wajiblah dia dan anak-anaknya ini tahu makan tempe... :D
 
Sambal Tempe versi yang aku masak ni simple jak...
Aku tak guna cili kering segala, just guna benda yang ada dalam dapur aku masa tu...hehe
Bahan-Bahan Masak
Tempe yang digoreng, bawang besar, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis (aku suka guna kicap manis ABC tu), cili padi untuk rasa pedas, minyak masak untuk menumis. Tak payah nak letak garam ke ajinomoto sebab semua rasa dah lengkap. Manis, Masam, Pedas....
Cara-Cara Masak
Mudah je, main campak jak semua dalam kuali...hehe Tumis bawang besar dan cili padi hingga naik bau. Kemudian masukkan segala sos tadi, tambah sedikit air untuk elakkan hangus. Pastu bolehlah masukkan tempe goreng tadi. Kacau2 jap, siap !!! sedia untuk dihidang (^_~)
 
 
Hubby pun seorang penggemar tempe juga :D 
 
 
 
 

Comments

  1. kdg2 benda2 yang simple ni la yang buat kita selera makan...

    ReplyDelete
  2. Baru jer masak sambal tempe senin haritu. Me & my hubby nyer feveret.

    ReplyDelete
  3. aduhh..mmg peberet ku tempe ni Mia.. kadang aku masak campur ikan bilis & kentang sikit...hehe

    ReplyDelete
  4. aku tak naper mia dari dulu lagi tak minat tempe..heheh..bkn makanan orng kelantan kot..:)

    ReplyDelete
  5. Walaupun okje ni Jaws Mia tapi kurang suka tempe....tapi boleh le makan...hehe
    OKje lagi suka buh bilis. Semalam baru buat gitu tapi guna ikan bilis jek...mmg secukup rasa!

    ReplyDelete
  6. yg ni mkn dgn nasi panas-panas..pergghhh....terbaikkk!!

    ReplyDelete
  7. simple tp penuh kasih sayang gitu...

    ReplyDelete
  8. memang yang simpletu sedap .. sebab dah biasa makan yang simple2ni...

    ReplyDelete
  9. cik pon penggemar tempe..tapi suka makan tempe jawa yang rangup2...hihihi..
    tapi tengok gambar ne pun nampak sedap...slurpppppp...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum mia...yes yg simple tu mmg sedap...:)

    ReplyDelete
  11. Org kekantan mana ada keturunan jawa..x makn tempe. Bila duk nga kawan ni..br belajar mkn tempe. Fav ni tempe goreng ni.

    ReplyDelete
  12. betul tu..setuju..yg simple tu la yg sedap^-^
    sy pn suka mkn tempe Mia...apalg kalo besambal..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa