Assalamualaikum
Wah tetiba bercerita tentang kehamilan pula...
Jangan terkejut pula....sekadar nak kongsikan pengalaman seorang Umi beranak 3 ni..semasa hamil kan rajin cari info-info tentang pregnant ni, apa salahnya dikongsi bersama sedikit pengetahuan tu :D
Jangan terkejut pula....sekadar nak kongsikan pengalaman seorang Umi beranak 3 ni..semasa hamil kan rajin cari info-info tentang pregnant ni, apa salahnya dikongsi bersama sedikit pengetahuan tu :D
Ada 3 masalah yang sering di alami oleh ibu-ibu mengandung ni. Mungkin ada yang pernah mengalami salah satu masalah ni dan ada juga yang mengalami ketiga-tiganya sekaligus. Namun begitu bukan semua wanita hamil menghadapinya. Ada yang relaks je semasa mengandung tanpa mengalami masalah2 itu.
Buasir
Memang sakit terutama ketika membuang air besar dan juga duduk. Masalah ini berlaku disebabkan oleh jumlah darah yang meningkat dan rahim menekan pelvis. Pembuluh darah dalam rektum mungkin membesar seperti rangkaian buang anggur. Keadaan ini mungkin menimbulkan kesakitan ketika membuang najis. Malah, kadang kala boleh berlaku pendarahan. Jika ia disertai dengan masalah sembelit, buasir akan membuatkan anda tigak gemar ke tandas.

Urat timbul
Masalah ini biasa berlaku di kaki dan kemaluan apabila kolam darah dalam pembuluh darah membesar disebabkan oleh hormone kehamilan. Masalah ini akan hilang selepas hamil tetapi anda boleh mengurangkannya dengan mengelakkan daripada berdiri atau duduk terlalu lama dalam satu masa, pakai pakaian yang longgar dan amalkan pemakaian stoking.

Sembelit
Ini sememangnya masalah biasa sepanjang kehamilan kerana hormone mengurangkan kadar penghantaran makanan ke saluran gastrointestinal. Di penghujung kehamilan, rahim akan menekan usus. Jadi, ia menyukarkan anda membuang najis. Cara terbaik untuk mengatasi masalah sembelit dan buasir adalah mengamalkan pemakanan yang kaya serat, minum air yang mencukupi dan melakukan senaman.
Sumber : Majalah PaMa
Aku semasa mengandung dulu pernah menghadap masalah sembelit dan buasir.
First & third pregnant...anak kedua pulak ok je...si Shamzi tu...langsung tak ada masalah.
Sapa2 yang pernah mengalami masalah ni, memang akan faham 'kesengsaraannya' hehe....
Duduk tak senang, berdiri ke lagi.....huhu
Tapi itulah, semua kesengsaraan tu hilang bila kita selamat melahirkan seorang bayi comel ke dunia.
Hilang segala sakit yang dialami. Orang kata, sakit yang sangat berbaloi........:D
Alhamdulillah......
assalammualaikum.. wahh.. mmg perlu tau info2 mcm ni kan bg bakal2 ibuu.. penting ni.. =D
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi:)
Memang penting info2 macam ne..boleh cik jadikan rujukan bila preggy nanti..in shaa Allah..
ReplyDeletealhamdulillah tiga-tiga anak xde masalah lgsg kecuali penat dan mengah je
ReplyDeleteinfo menarik... Alhmdlh x pernah kena buasir sbb kata org mmg sakit amat yer...
ReplyDeleteMemang berbaloi..serik kejap jer masa sakit...lepas tu..hehheheheh
ReplyDeletepernah juga kena mcmtu..masa anak sulung dah start kena buasir..sakit kan..huhuhu
ReplyDeleteAku kena sembelit masa dalam pantang. Memang seksa noks. Berjam2 dok dalam toilet
ReplyDeleteSy pun rajin gak sembelit... kn mkn mknn yg tinggi ngan serat tuk elakkan semua tu...
ReplyDeleteKita dh 9bulan berank, sembelit lg..masa pregy dl tak plk sembelit.
ReplyDeleteUrut timbul tu ada jgk.
Kita dh 9bulan berank, sembelit lg..masa pregy dl tak plk sembelit.
ReplyDeleteUrut timbul tu ada jgk.
time preg kena sembelit..mmg sengsara jg..tp tu lah kn Mia..terus tiada ..hilang semua tu lps baby lahir...
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!