Bershawarma di tengahari

Assalamualaikum

Pelik ke tajuk tu...... Bershawarma gitu....hehe
Alkisahnya semalam tetiba hubby call aku kat tempat kerja, nak pegi lunch sama2 ke ?? so aku ibarat orang yang ngantuk disorongkan bantal, ok je...dah orang ajak makan kan. :D

Jam 12.30 tu hubby datang ambik kat opis. Tapi kali ni aku lebih berhati2 masuk keta sebab tak nak pisang berbuah dua kali kan.....tak mo lah ada entri kedua pasal Tersepit Jari tu...huhu auuuchhhh!

Ingatkan hubby nak bawa makan kat area2 dekat opis aku tu jak...tempat yang biasa yang kami makan tapi dia melencong kat tempat lain. Aku tanya hubby nak pegi makan kat mana ?? hubby kata makan kat tempat murah2 jak. Kalau murah apasal nak pegi tempat jauh2, dahlah lunch hour aku sejam jak, jammed pulak masa tu. huhu
Aku dah start membebel buruk kan perangai, dahlah ada orang nak bawa makan huhu

Tapi aku ikut je lah mana hubby nak bawa....rupa-rupanya dia ajak makan kat satu restoran arab ni...katanya kawan dia yang suggest, sedap....ooooo gitu rupanya....makanya ber ya abibi ya maulana lah kami tengahari tu...hehe


Nama restoran tu Al Andalus Arabian Restaurant, lokasinya di Warisan Square depan Centre Point tu...



Avocado Jus untuk hubby dan Oren Jus untuk aku......sedap hirup ni di cuaca yang terik masa tu
 Dan inilah dia rupanya Shawarma tu


Shawarma Chicken with Rice untuk aku
 
Dan Shawarma Lamb with Rice untuk hubby

Shawarma ni boleh juga dimakan dengan roti tapi tekak orang Malaysia kan...nak juga makan nasi. Rasa dia bagi aku ok lah....tapi yang hubby punya tu memang sedap...aku yang tak makan kambing pun terus terpikat dengan rasanya....bau kambing memang tak ada....dipanggang dengan sempurna gitu...
Mungkin nanti nak pegi sini lagi sebab nak cuba menunya yang lain. (^_^)




9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. kdg makan arab ni x dpt habis..kena betul2 lapar br boleh

    ReplyDelete
  2. warisan square ?? wahh.. nk try laa nnti.. seberang dr ofiss Zara jaa tu.. muahahah. tapi ari ni xble laa.. ari ni puasa.. huhu

    ReplyDelete
  3. hi salam. tq follow blog liz. liz dtg follow smula dan jd follower yg ke 400 !! :)

    ReplyDelete
  4. Pergi lagi kenalah bawa tiga buah hati sama menikmatinya Mia.
    Ini kalau siabang-abang dan adik nampak mahu dia kata umi/abah makan berdua tak ajak mereka..

    ReplyDelete
  5. bestnya.....nak jugak makan shawarma ni...

    ReplyDelete
  6. bestnyer ! CN suka gak makan kambing, tp kena takde bau la, kalau ada bau mmg takleh telan ;)

    ReplyDelete
  7. salam...lama tk menyinggah...hihihi...
    erm... sedap tu...

    ReplyDelete
  8. lapaq nasi terus heheeee tengah hari nii

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post