Skip to main content

Fullhouse @ Suria Sabah Shopping Mall

Assalamualaikum

Rabu minggu lalu tu, aku dengan 2 orang opismate aku, sekali dengan boss makan tengahari bersama-sama dengan salah satu broker insurans yang berkerjasama dengan company tempat aku keja ni. 

Tempat lunch kami tu di Restoran Fullhouse, Suria Sabah Shopping Mall. Jangan tak percaya kat Sabah pun ada suria shopping mall cam kat KLCC tu...hehe Tapi tak lah sebesar Suria KLCC tu

Credit to www.skyscrapercity.com

Aku baru pertama kali makan kat restoran ni. Hiasan dalam restoran ni bagi aku sangat santai dan kreatif. Sesuai kalau nak lepak2 dan chitchat dengan rakan2. 


 
Hiasan dalam restoran. Cantik kan, siap ada sebijik mini cooper lagi kat depan pintu masuk restoran tu.


Restoran ni menghidangkan makanan Asia, Western dan juga makanan dari Korea. Rasanya restoran ni ada kat semenanjung kan. Yang kat KK ni cawangan dia je.  

Hari tu aku pilih hidangan set, ada sup, minuman dan main course. Wok-Seared Chicken Chop. Chicken Chopnya oklah bagi tekak aku. Tapi kalau kata menarik tu, rasanya cam chicken chop yang biasa aku makan. Supnya pula, emmm langsung tak sentuh sebab agak berminyak dan bertimbun bawang besar kat dalamnya. Aku bukan seorang penggemar bawang...huhu dan minuman ice lemon tea tu, aku tak pasti samaada tea dia memang kaler camtu atau sengaja jimat tea. Rasa tawar semacam je...hehe

Bagi aku, makanan kat sini, ok jugalah cuma harga dia ada sedikit mahal...huhu Kalau nak makan dengan family, mungkin kena fikir 2 3 kali gitu....hehe 



Comments

  1. Bila dah merasa lain kali tahu nak buat pilihan tempat makan Mia.
    Ini peluang makan dgn sykt kalau tak belum tentu nak masuk kan..

    ReplyDelete
  2. ok nasib baik dah makan, kalau tak sure gi pantry mencari makanan lagi ni babe... he he he...

    ReplyDelete
  3. suka tengok hiasan restaurant tu.

    ReplyDelete
  4. cantik pula kan suria sabah kalau malam..hihi..nda perasan ba sebab selalu pegi suria sabah terus masuk parking di belakang tu..huhu..restoran ni belum penah try..kalau limpas selalu..^_^

    ReplyDelete
  5. fullhouse kat sini pun tak try lagi...

    ReplyDelete
  6. Cantik hiasanya. mungkin sebab tu harganya agak mahal sedikit.

    ReplyDelete
  7. cantik pulak ne kak...selalu p sana cik lalu2 jak xpenah singgah makan...hihihi

    ReplyDelete
  8. selalu makan kat situ, tokey balak pun kayap...hahahaha

    ReplyDelete
  9. Depa pakai korean tea kot, pucat lesi jadinya. Hehehe kalau takat ok ok, tapi mahal, mmg kena pikir banyak2 kali, dah la sana banyak gerai makanan yang sedap belaka, makan kepak ayam lagi best. hihihi

    ReplyDelete
  10. unik la hiasan dalaman kedai tu…
    mahal ek? sekali sekala utk special occasion ok la kot… tapi kalau rasa biasa2 jer, baik cari kedai lain kan...

    ReplyDelete
  11. pernah p sini mia tapi sekali ja n tidak teringin mo p 2 kali sbb bagi saya x jg sedap makanan dia..plus mahal. saya suka yg di the glass and grill tingkat 7/8 tu

    ReplyDelete
  12. Ohhhh fullhouse....deko dia perabut bagai putih kan Mia...Mmg cantik......Okje tak pernah try masuk lagi.....mahal yeh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa