Skip to main content

Sangat emosi bila...

Assalamualaikum

Aku kan sangat emosi bila lihat perkara sedih berlaku depan aku.
Bukan setakat depan mata, tengok drama tv pun, kalau ceritanya tentang anak di buang ke, mak bapa terbiar ke, cerita orang susah ke, aku sangat emosi, kadang-kadang boleh menangis.

Shumi aku tengok memang mengikut emosi Uminya ni. Hari tu tengok cerita bapa cuba selamatkan anaknya daripada dibunuh oleh alien, aku tengok dia macam cacing kepanasan dah. Bila bapa budak dapat selamatkan anaknya, aku lihat Shumi tersenyum seorang, ada air mata bergenang kat matanya. Anak teruna aku ni, dalam hati ada taman....

Kalau sedang berjalan-jalan tiba-tiba ternampak peminta sedekah bersama dengan anak kecil, aku cepat emosi. Sedih sangat. Kesian dengan anak kecilnya yang terkena panas matahari dan hujan tu. Memang aku ingin membantu. Bagi kediaman yang selesa, makan yang cukup, pakaian yang lengkap....tapi tu semua di luar kemampuan aku. Aku hanya dapat memberi wang untuk mereka membeli makanan.

Isnin tu semasa balik dari kerja, dari jauh aku nampak seorang ibu muda dalam lingkungan umur 20-an mendukung seorang bayi dan ada seorang anak kecil lagi lebih kurang setahun umurnya aku rasa. Mereka seperti sedang menunggu bas sebab duduk di perhentian bas tapi bila aku melihat mereka melalui cermin pandang belakang kereta, aku nampak ibu muda tu berjalan meninggalkan perhentian bas, bayinya dikendong, sambil memegang tangan anak kecilnya yang sedang berusaha untuk melangkah. Aku kira anak itu baru sahaja pandai berjalan. Hati ibu mana yang tak sedih melihat situasi begitu. Mana bapa budak tu, ke mana dorang hendak pergi bila mana hari sudah mulai beransur malam, kenapa dorang tidak menaiki bas......banyak persoalan sudah timbul di kepala ku......

Dan kelmarin, juga dalam perjalanan balik ke rumah setelah mengambil Shumi di sekolah. Aku berbual-bual dengan Shumi, apa yang dia belajar di sekolah, Shumi seronok bercerita mereka bermain musang dan ayam semasa dalam kelas pendidikan jasmani. Sedang mendengar cerita Shumi, tiba- tiba mata aku tertumpu di sebelah kiri jalan. Kereta masa tu memang agak bergerak perlahan, sesak, orang lain semua berpusu2 balik ke rumah. Jelas kelihatan, walaupun hari sudah semakin gelap, aku nampak seorang bapa yang agak berumur sedang berusaha mengayuh basikal sambil anak perempuannya dalam lingkungan 6 7 tahun membonceng di belakangnya. Ada sebuah beg sekolah di raga depan basikal. Aku lihat basikal tu tidak mempunyai lampu untuk menyuluh jalan, kiranya mereka hanya bergantung kepada lampu jalan.

Betapa jauhnya perbezaan aku dengan bapa tua itu......tujuan kami sama, balik ke rumah setelah mengambil anak dari sekolah tapi dalam keadaan yang berbeza. Aku dan Shumi duduk selesa dalam kereta yang berhawa dingin, manakala bapa tua itu dan anaknya hanya menaiki basikal yang agak usang dan bila-bila masa saja basah sekiranya hujan turun..

Aku memang sangat sangat sangat emosi bila berdepan dengan keadaan sedemikian. Sangat sedih hingga boleh menangis walaupun aku tidak mengenali mereka. Mungkin sebab hati seorang perempuan atau hati seorang ibu yang amat sensitif dengan perkara seperti itu. Dan mungkin juga sebab aku pernah melalui masa kesusahan seperti itu........tapi yang aku tahu, aku memang sangat emosi bila......



Comments

  1. salam mia…huhu!!!sedih jugak baca situasi2 u cerita tu. ros pun sama la jenis yg cepat beremosi. tgk citer pelakon blm menangis aku dah menitik airmata……semoga mereka2 yg mia citer tu diberi kekuatan & kesabaran, inshaallah rahmat ALLAH bersama mrk

    ReplyDelete
  2. Sama lah wei. Aku pon emosi tgk situasi yg ko citer ni noks. Pastu kan, aku sedih tgk makcik2 yg dah lanjut usia jual² kepek tu...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. yelah..saya pun bila berdepan dengan situasi macam tu cepat tersentuh...banyak persoalan yang timbul dalam fikiran nie.

    ReplyDelete
  4. ermmmmm semoga mendapat kekuatan ya

    ReplyDelete
  5. sama la kita kak .. emosi kuat sgt .. hihi

    ReplyDelete
  6. kasihan kat ibu dan anak-anak tu. Semoga mereka beroleh nasib yang baik selepas ini. Pakcik tersebut kuatkan. Inilah keadaan masyarakat kita sekarang, yang jauh ditolong dan entah sampai ker tidak bantuan tersebut. yang dekat terbiar tanpa ada bantuan yang diberikan. saya juga emo bila tengok benda-benda macam tu akak.

    ReplyDelete
  7. ermm...sama lah kita Mia.. mudah betul tersentuh klu tgk hal2 begitu.....naluri IBu kalik kan....:(

    ReplyDelete
  8. same as me... airmata anytime bole gugur bler hati terusik...

    ReplyDelete
  9. hanya mampu berdoa utk mereka...

    ReplyDelete
  10. tersentuh dengan kesusahan orang lain buat kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki

    ReplyDelete
  11. Kakak rasa salah satu yg buat kita mudah tersentuh sebab kita pernah rasa susah Mia. Sama macam kakak sebab kakak dulu miskin jadi bila tengok org susah semampu boleh nak bantu.. tak dapat banyak sikit pun jadilah...

    ReplyDelete
  12. SA pun sama Mia...kalau la SA ni kaya raya dah lama SA ni bantu apa yang patut...paling kesian nasib orang buta yang cari makan kat pasar2 malam main muzik...itu aku mmg x boleh tahan..

    ReplyDelete
  13. Sama la kita. Jiwa ni sgt sensitif esp kalau melibatkan bdk bdk.

    ReplyDelete
  14. siannye...yela..sme jugak slalu rse tsntuh je..mula la tbyg klu ade kt tmpt dorg yg mngalami ksusahan kn

    ReplyDelete
  15. salam singgah. siapa sangka kan keadaan yg kita tempuh tu adalah ujian untuk kita. semoga Allah mempermudahkan urusan kita. amin

    ReplyDelete
  16. jiwa perempuan memang mudah tersentuh, Farah pun lebih kurang sama, kadang2 berkotak2 tisu... sebab dah tak menahan dah nak menangis kannn???

    ReplyDelete
  17. BUI PUN SAMA..JIWA WANITA AGAKNYA,MMG SENSITIF

    ReplyDelete
  18. I baca pun terasa sedihnya.. dulu ada masa kami makan kat kedai, sepasang suami isteri buta masuk kedai tu dan tuan kedai bagi makan kat dorang, I boleh habiskan makanan dan ajak my fren blah cepat2, tak boleh nak telan makanan sebab sebak sangat, walhal dorang okje.

    ReplyDelete
  19. 2lah kan kak...di sini pun ada juga...ada 1 orang budak tu cik kenal..dia terpaksa minta sedekah sebab mama bapa nya di penjara akibat mengambil dadah..kesian cik tengok bh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang